Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Mei 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Mei 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kemas Kini Penting: Tukar ke Terma Syarat Am Perkhidmatan - Pengguna Hotlink. Ketahui Lebih Lanjut.

Pengguna Hotlink: Terma & Syarat Dikemaskini. Ketahui Lebih.

Soalan Lazim

Cukai Perkhidmatan - Soalan Lazim untuk Cukai Perkhidmatan 6% Berkuatkuasa 1 September 2018

  • GST 6%
    Dari 1 April 2015


    GST 0%
    1 Jun 2018 – 31 Ogos 2018


    Jualan & Cukai Perkhidmatan 6%
    Mulai 1 September 2018

    Seperti yang anda ketahui, mulai 1 September 2018, Kerajaan telah mengumumkan bahawa Cukai Perkhidmatan 6% akan menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dahulunya adalah kosong peratus (0%). Pada dasarnya, semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi oleh telco kepada pelanggan dikenakan Cukai Perkhidmatan 6%. Termasuk panggilan IDD, teleks, video persidangan, perayauan, faks, VoIP, talian pajak, perkhidmatan lebar jalur, penyelenggaraan kemudahan, pemasangan dan lain-lain.

    Berikut adalah beberapa pertanyaan yang sering ditanya mengenai bagaimana Cukai Perkhidmatan 6% akan dikenakan untuk penggunaan telekomunikasi anda pada masa hadapan dan beberapa perkara penting dalam pertukaran.

UMUM

  • Berikut adalah bagaimana Cukai Perkhidmatan 6% akan dikenakan:


    Penggunaan telekomunikasi
    Penggunaan perayauan yang sebelum ini tidak dikenakan cukai di bawah GST, kini dikenakan cukai di bawah Cukai Perkhidmatan 6% berkuatkuasa mulai 1 September 2018.

    Peranti (Telefon pintar, Modem, Aksesori Telefon)
    Peranti telekomunikasi seperti telefon pintar dan modem dikenakan Cukai Jualan sebanyak 5%. Cukai Jualan merupakan cukai seperingkat yang dikenakan ke atas barangan import dan barangan buatan tempatan, sama ada semasa mengimport atau semasa barang tersebut dijual atau diluputkan oleh pengilang. Namun, kami tidak akan mengenakan Cukai Jualan untuk sebarang peranti yang dibeli di kedai Maxis. Ini kerana sebagai cukai seperingkat, Kerajaaan hanya memungut cukai jualan semasa mengimport dari pengilang atau pengimport sendiri.

    Perkidmatan Kandungan
    Langganan perkhidmatan kandungan seperti nada dering pemanggil, muzik video dan kandungan sukan yang sebelum ini dikenakan GST juga akan dikenakan Cukai Perkhidmatan 6%.

    Caj ke Bill
    Caj ke Bil merupakan pembelian atau langganan dengan penyedia perkhidmatan kandungan atau aplikasi lain seperti Google Play, Apple App Store dan lain-lain. Sekiranya anda memilih untuk membuat pembayaran ini melalui Maxis, pembelian atau langganan akan dicaj ke bil Maxis anda setiap bulan atau sebagai caj sekali sahaja. Caj ke Bil tidak dikenakan Cukai Perkhidmatan 6% dalam bil Maxis anda. Namun, langganan anda mungkin dikenakan Cukai Perkhidmatan 6% oleh perkhidmatan atau penyedia aplikasi anda.

  • Menurut Akta Cukai Jualan & Perkhidmatan 2018, pelanggan dikenakan Cukai Perkhidmatan 6% untuk SEMUA perkhidmatan telekomunikasi yang disedikan oleh syarikat telekomunikasi. Termasuk panggilan IDD, teleks, video persidangan, perayauan, faks, VoIP, talian pajak, perkhidmatan lebar jalur, penyelenggaraan kemudahan, pemasangan dan lain-lain.

  • Ya. Cukai Perkhidmatan 6% dikenakan kepada sesiapa sahaja yang menggunakan perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia.

  • Penggunaan telekomunikasi anda di kawasan ditentukan atau zon bebas cukai dikenakan Cukai Perkhidmatan 6% seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan.

  • Ya, bayaran penggantian SIM dikenakan Cukai Perkhidmatan 6%.

PASCABAYAR (MUDAH ALIH, JALUR LEBAR, TETAP)

  • Seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Diraja Malaysia (RMC), semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi oleh telco dikenakan Cukai Perkhidmatan 6%. Termasuk panggilan IDD, teleks, video persidangan, perayauan, faks, VoIP, talian pajak, perkhidmatan lebar jalur, penyelenggaraan kemudahan, pemasangan dan lain-lain.

    Peralihan

  • Mengikut kitaran bil akaun anda, anda akan dikenakan GST 0% untuk sebarang penggunaan sebelum 1 Sep 2018 manakala untuk penggunaan selepas 1 Sep 2018, anda akan dikenakan Cukai Perkhidmatan 6%.

  • Terdapat ruangan Cukai Perkhidmatan 6% dalam bil anda dan semua item yang dikenakan Cukai Perkhidmatan akan ditunjukkan sebagai 'Y', manakala barang yang tidak dikenakan cukai akan ditunjukkan sebagai 'N'.

  • Caj ini merupakan bayaran perkhidmatan, jadi anda akan dikenakan Cukai Perkhidmatan 6%.

    Berkaitan dengan peranti

  • Komponen utama caj anda untuk pendaftaran yang berkaitan dengan peranti adalah:

    • Harga Peranti – pendahuluan atau ansuran
    • Bayaran Pendahuluan Peranti
    • Peranti Keselamatan, Perlindungan Asas & Premium
    • Bayaran naik taraf bulanan
    • Baki Sisa Peranti
    • Bayaran kerosakan

    Harga Peranti – pendahuluan atau ansuran
    Pembayaran peranti anda untuk kontrak peranti biasa, ansuran Zerolution dan Zerolution360 tidak dikenakan Cukai Perkhidmatan 6%.

    Bayaran Pendahuluan Peranti
    Bayaran pendahuluan adalah bentuk komitmen untuk kontrak peranti anda dan tidak dikenakan Cukai Perkhidamatan 6%.

    Peranti Keselamatan, Perlindungan Asas dan Premium Zerolution360
    Ini merupakan perlindungan atau insurans yang anda langgani untuk menanggung kerosakan untuk telefon anda dan ia tidak dikenakan Cukai Perkhidmatan 6%.

    Baki Penalti
    Sekiranya anda ingin menebus Zerolution atau Zerolution360 anda sebelum waktunya, Baki Penalti yang perlu dibawa oleh anda tidak dikenakan Cukai Perkhidmatan 6% kerana ia merupakan pembayaran untuk peranti.

  • Tidak. Caj Penamatan Awal tidak dikenakan Cukai Perkhidmatan 6%.

PRABAYAR (PENGGUNA MALAYSIA)

  • Ini bermaksud apabila pelanggan Malaysia menambah nilai jumlah tertentu, mereka akan mendapat jumlah kredit yang sama. Sebagai contoh, sekiranya anda menambah nilai sebanyak RM10, anda akan mendapat kredit RM10.

  • Harga pek SIM Hotink kekal pada harga RM10. Setelah mengaktifkan SIM, anda akan menerima kredit RM5.

  • Anda tidak perlu membayar sebarang bayaran kerana tiada bayaran pendaftaran dikenakan.

PRABAYAR (WARGA ASING)

  • Pengecualian tidak dikenakan untuk warga asing. Warga asing akan terus membayar Cukai Perkhidmatan 6%.

  • Harga pek SIM Hotink kekal pada harga RM10. Setelah mengaktifkan SIM, anda akan menerima kredit RM5.

  • Semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi oleh telco untuk orang asing dikenakan Cukai Perkhidmatan 6%.

  • Untuk prabayar, Cukai Perkhidmatan 6% dikenakan setelah diaktifkan dengan setiap tambah nilai dan semua tambah nilai yang dijual akan merangkumi Cukai Perkhidmatan 6% mulai 1 September 2018. Harganya tetap sama untuk panggilan, SMS atau semasa anda membeli pas Internet Mudah Alih.

  • Cukai Perkhidmatan 6% dikenakan semasa pengaktifan tiket tambah nilai. Sebagai contoh, tiket tambah nilai RM10 yang dibeli sebelum 1 Sep dan diaktifkan selepas 1 Sep 2018, jumlah kredit akan diberikan sebanyak RM9.43.

  • Resit untuk tiket tambah nilai akan dikeluarkan oleh peruncit. Berkuatkuasa mulai 1 Sep 2018, Cukai Perkhidmatan 6% akan dikenakan semasa pengaktifan tambah nilai dan dilampirkan dalam e-Penyata Hotlink atau Ookyo anda. Tiada invois cukai yang dikeluarkan semasa pembelian tiket tambah nilai.

  • Anda tidak perlu membayar sebarang bayaran kerana tiada bayaran pendaftaran dikenakan.

KEUSAHAWANAN

  • Seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Diraja Malaysia (RMC), semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi oleh telco dikenakan Cukai Perkhidmatan 6%. Termasuk panggilan IDD, teleks, video persidangan, perayauan, faks, VoIP, talian pajak, perkhidmatan lebar jalur, penyelenggaraan kemudahan, pemasangan dan lain-lain.

  • Keseluruhan kumpulan perkhidmatan (termasuk perkhidmatan, peralatan & penyelenggaraan telco) dikenakan Cukai Perkhidmatan 6%.

  • Langganan suara anda dikenakan Cukai Perkhidmatan 6% dan peralatan tidak dikenakan cukai.

  • Ya, perkhidmatan terurus dikenakan Cukai Perkhidmatan 6%.

  • Perkhidmatan yang diberikan dari luar Malaysia dianggap sebagai perkhidmatan yang dieksport dan tidak dikenakan Cukai Perkhidmatan 6%.

  • Tidak. Perkhidmatan telekomunikasi yang diberikan di laman web antarabangsa dikenakan Cukai Perkhidmatan 6%.

Perlu menghubungi kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink