Aplikasi Hotlink Red - Log Masuk

 

Bolehkah saya log masuk menggunakan nombor Hotlink yang berlainan?

Jika anda log masuk menggunakan rangkaian data kami, app ini akan log masuk secara automatik menurut nombor telefon anda.

 

Bolehkah saya log masuk jika saya tidak mempunyai baki kredit?

Selagi nombor telefon anda aktif, anda boleh log masuk ke app.

 

Adakah saya akan log masuk secara kekal?

Untuk tujuan keselamatan, app akan log keluar secara automatik selepas 14 hari. Anda perlu log masuk sekali lagi.

 

Bolehkah saya log masuk ketika status akaun saya tidak aktif (tanpa atau dengan kredit)?

Selagi nombor anda aktif/tidak aktif, anda boleh log masuk ke dalam app.

 

Saya mempunyai pengalaman yang berbeza apabila saya melancarkan app pada telefon saya – kadang-kadang ia log masuk secara automatik menggunakan nombor telefon Hotlink saya. Apakah sebabnya?

Jika anda sedang terhubung ke internet melalui rangkaian data Maxis, app ini akan secara automatik terhubung kepada internet apabila anda melancarkan app. Jika anda menggunakan sambungan Wifi, anda perlu memberikan kod pengesahan melalui TAC.

 

Jika saya log masuk menggunakan Wi-Fi dan melakukan tambah nilai atau melanggan Data pas, adakah ia akan diterima?

Ya, proses ini sama untuk sambungan data dan wifi.

 

Saya telah memberikan maklum balas melalui app. Berapa lamakah masa diperlukan untuk anda memberikan komen?

Kami akan meneliti maklum balas anda dan memberikan pengemaskinian atau menghubungi anda apabila perlu dan bergantung kepada maklum balas/soalan anda.

 

Saya telah menukar pelan kadar hari ini. Berapa lamakah diperlukan untuk ia dikemaskinikan dalam app?

Ia akan dikemaskinikan dalam tempoh 24 jam.

 

Apakah kesan daripada menutup Push Notification?

Anda tidak akan menerima makluman tentang ganjaran.