Tambah Nilai - Auto Top Up

 

Apakah yang dimaksudkan dengan Monthly Top Up?

Ia membolehkan anda menghantar tambah nilai bulanan ke nombor Hotlink pada tarikh pilihan anda. Contoh, anda boleh menetapkan ia menghantar tambah nilai RM10 ke mana-mana nombor Hotlink pada hari ke-3 pada setiap bulan.

 

Apakah itu Auto Top Up?

Ia membolehkan anda kekal aktif sepanjang masa dengan Maxis. Ia akan menghantar tambah nilai secara automatik ke mana-mana nombor Hotlink, pada bila-bila sahaja baki kredit tidak mencukupi (kurang daripada RM10) atau apabila status akaun Hotlink akan tamat tempoh (3 hari sebelum tamat tempoh).

 

Apakah jumlah tambah nilai yang boleh saya pilih?

RM10, RM20, RM30, RM60 dan RM100.

 

Apakah nilai maksimum yang saya boleh tambah nilai ke nombor Hotlink?

Ya. Anda boleh tambah nilai sehingga RM500 sebulan untuk setiap akaun.

 

Berapakah nombor Hotlink yang boleh saya calonkan?

Anda boleh calonkan sebanyak mana nombor Hotlink yang anda suka, selagi tambah nilai minimum bulanan ialah RM500 untuk setiap akaun.

 

Berapakah kekerapan tambah nilai nombor Hotlink yang saya boleh lakukan setiap bulan?

Untuk Monthly Top Up, anda boleh menambah nilai sekali sahaja setiap bulan. Untuk Active Top Up, anda boleh menetapkan sekerap mana yang anda suka selagi tambah nilai maksimum ialah RM500 untuk setiap akaun.

 

Adakah saya akan dicaj untuk setiap tambah nilai?

Ya. Caj kemudahan minimum RM0.50 akan dikenakan untuk setiap tambah nilai yang berjaya.

 

Bagaimanakah saya boleh mengetahui sama ada tambah nilai saya berjaya?

Anda akan menerima SMS pengesahan untuk setiap transaksi tambah nilai yang berjaya. Anda juga boleh melihat transaksi ini dalam penyata akaun Maxis. Sebagai tambahan, anda juga boleh melihat paparannya dalam laman web kami di bahagian ‘Auto Top Up’.

 

Apakah yang patut saya lakukan jika saya ingin menukar mana-mana bahagian berikut cth. jumlah tambah nilai, kekerapan atau nombor Hotlink?

Anda cuma perlu log masuk ke dalam akaun peribadi dalam laman web Maxis dan klik ‘Auto Top Up' dan buat perubahan yang anda perlukan.