Umum

 

Apakah penaiktarafan ini?

Maxis sedang menjalankan penaiktarafan sistem untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami. Penaiktarafan ini akan dilaksanakan dalam dua fasa, di mana fasa pertama telah pun selesaipada 22 April 2019. Fasa kedua akan dimulakan pada 7 Mei 2019. Latihan ini mungkin akan memberi impak kepada transaksi tertentu.

 

Saya menerima SMS untuk tambah nilai lebih awal. Apakah maksud arahan ini?

SMS ini adalah untuk memberitahu anda supaya menambah nilai dan membeli pas Internet lebih awal kerana kami akan melakukan penaiktarafan sistem dari jam 12.30 tengah malam i pada 7 Mei sehingga jam 6.30 pagi pada 8 Mei. Anda tidak dapat membuat transaksi tambah nilai dan pembelian dalam tempoh ini.

 

Perkhidmatan apakah yang akan terlibat dari proses ini?

Semasa penaiktarafan ini, anda tidak akan dapat menambah nilai dan membuat pembelian, dari jam 12.30 tengah malam  pada 7 Mei sehingga jam 6.30 pagi 8 Mei. Walau bagaimanapun, anda masih boleh membuat panggilan, menghantar SMS dan melayari Internet di Hotlink.

 

Mengapakah rakan saya dapat menambah nilai / membeli MI pass / dll sedangkan saya tidak dapat berbuat demikian?

Penaiktarafan adalah dilaksanakan dalam dua fasa. Rakan anda mungkin pelanggan fasa pertama yang telah selesai manakala anda mungkin pelanggan yang terlibat dalam fasa kedua. Anda akan menerima makluman melalui SMS sebelum fasa kedua bermula. Anda juga boleh membuat panggilan ke 123 untuk maklumat lanjut.

 

Bolehkah saya menggunakan Red App pada masa ini?

Sepanjang tempoh ini, perkhidmatan Red App akan tergendala buat sementara waktu. Sila cuba lagi selepas penaiktarafan selesai. 

 

Mengapa rakan saya dapat menggunakan Red App tetapi saya tidak dapat berbuat demikian?

Penaiktarafan adalah dilaksanakan dalam dua fasa. Rakan anda mungkin pelanggan dalam fasa pertama dan dapat menggunakan Red App. Anda pula berada dalam fasa kedua, jadi perkhidmatan Red App akan tergendala buat sementara waktu. Sila cuba lagi selepas penaiktarafan selesai. 
 

Bolehkah saya melanggan / membayar kepada kandungan seperti Spotify, Netflix, Google Play Store, Apple App Store, Nada Dering Pemanggil, dll melalui Maxis Carrier Billing / Hotlink Credit (mana-mana yang berkenaan)?

Semasa penaiktarafan, langganan / pembayaran ke kandungan lain tidak dapat dilakukan buat sementara. Sila cuba lagi selepas penaiktarafan selesai.

 

Bolehkah saya melihat / memainkan video / permainan yang telah dilanggan sebelum latihan penaiktarafan?

Anda masih dapat memainkan atau melihat kandungan yang telah dilanggan sebelum penaiktarafan, sekiranya langganan anda masih sah dan aktif.