Tambah Nilai - Share/Ask-A-Top-Up

 

Mengapakah terdapat perubahan dalam tempoh sah? Saya sedar tempoh sah saya berkurangan apabila melakukan transaksi Ask-A-Top-Up/ Share-A-Top-Up RM10 dan ke atas.

Perubahan ini dilakukan untuk memastikan tempoh sah Share-A-Top-Up dan Ask-A-Top-Up adalah sama.

 

Perubahan ini memberi kesan kepada siapa?

Semua pelanggan transaksi Ask-A-Top-Up/Share-A-Top-Up bermula 28 Mei 2015.

 

Mengapakah saya tidak dimaklumkan tentang perubahan ini?

Untuk maklumat terkini, sila layari to www.hotlink.com.my.

 

Siapakah yang layak menggunakan perkhidmatan Share-A-Top-Up?

Semua pelanggan aktif Hotlink yang telah menjadi pelanggan lebih dari 30 hari adalah layak untuk menggunakan perkhidmatan Share-A-Top-Up sebagai seorang penderma. Semua pelanggan Hotlink yang aktif atau tidak aktif (tanpa mengira tempoh langganan) layak menjadi penerima Share-A-Top-Up.

 

Siapakah yang layak menggunakan perkhidmatan Ask-A-Top-Up?

Semua pelanggan aktif dan tidak aktif Hotlink (tanpa mengira tempoh langganan) layak menjadi penerima perkhidmatan Ask-A-Top-Up. Pastikan penderma anda mempunyai tempoh langganan lebih dari 30 hari. 

 

Adakah terdapat sebarang caj perkhidmatan untuk menggunakan khidmat ini?

Ya, anda akan dikenakan caj perkhidmatan RM0.50 untuk setiap transaksi.

 

Apakah baki kredit minimum yang saya perlu ada selepas berkongsi kredit?

Anda mestilah mempunyai baki kredit minimum RM1.00 selepas menggunakan khidmat ini sebagai pekongsi.

 

Adakah terdapat jumlah minimum dan maksimum untuk setiap transaksi?

Jumlah minimum/ transaksi : RM1.00

Jumlah maksimum/ transaksi : RM100.00

 

Adakah terdapat had untuk jumlah transaksi harian dan bulanan?

Jumlah maksimum / harian: RM500.00 (untuk pemberi dan penerima)

Jumlah maksimum/ bulanan: RM1000.00 (untuk pemberi dan penerima)

 

Dengan pelan FAST dan status tidak aktif, adakah saya dapat menggunakan Internet Mudah Alih apabila saya menerima kredit melalui Share-A-Top-Up atau Ask-A-Top-Up?

Tidak, Share-A-Top-Up atau Ask-A-Top-Up tidak akan membenarkan penggunaan Internet Mudah Alih dalam status tidak aktif.