Tambah Nilai - SOS Internet

 

Apakah yang ditawarkan oleh Tawaran SOS Internet?

SOS Internet adalah perkhidmatan yang memberikan anda pas internet ketika anda memerlukannya. 

 

Siapakah yang layak menikmati perkhidmatan SOS Internet ini?

Penuhi syarat-syarat di bawah untuk  menerima tawaran SOS Internet:

  1. Tempoh langganan 1 bulan dan ke atas
  2. Tidak sah untuk Tablet, MVNO dan pek Broadband
  3. Berdasarkan kelayakan SOS Top Up (cth. Tabiat tambah nilai dan pembayaran balik dll.)cscc

 

Adakah tempoh sah akan dipanjangkan jika saya menerima pas-pas SOS Internet daripada Hotlink?

Tidak, tempoh sah tidak akan dipanjangkan. 

 

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan tawaran SOS Internet?

Anda akan hanya menerima tawaran ini jika baki kredit mencapai tahap minimum. Anda juga boleh membuat permintaan SOS Internet dengan mendail *100# atau melalui aplikasi RED.

 

Berapakah jumlah SOS Internet yang boleh saya nikmati?

Anda boleh meminta seberapa banyak kali yang anda perlukan, selagi anda membayar balik baki dan caj servis yang tertunggak.

 

Bagaimanakah cara untuk membayar semula SOS Internet Hotlink?

Hotlink akan menolak jumlah kredit yang dipinjam daripada tambah nilai seterusnya, berserta dengan caj perkhidmatan, seperti dimaklumkan dalam SMS.

 

Bagaimanakah saya dapat pastikan Hotlink telah menolak jumlah pinjaman daripada baki kredit saya?

Anda akan menerima SMS pengesahan yang menyatakan jumlah SOS Internet dan caj perkhidmatan telah ditolak daripada akaun anda.

 

Adakah saya mempunyai Auto SOS Internet?

Tidak, Auto SOS Top Up hanya sah untuk SOS Top Up.

 

Mengapakah rakan saya diberikan tawaran RM10, tetapi saya hanya ditawarkan RM3?

Jumlah yang ditawarkan adalah berlainan untuk setiap individu, dan bergantung kepada kelayakan mereka yang ditentukan oleh Hotlink. 

 

Mengapakah Baki Tertunggak SOS tidak ditolak apabila saya melakukan PostAid Top Up?

  • Baki Tertunggak SOS hanya akan ditolak apabila tambah nilai dilakukan melalui cara berikut
    • Tiket Tambah Nilai eReload
    • Bank
    • MaxisPay
    • Laman Web Hotlink
    • Aplikasi Hotlink

 

Bolehkah saya memilih SOS Internet & SOS Top Up (kredit) pada masa yang sama?

Tidak, semua pelanggan hanya boleh memilih satu (1) tawaran SOS pada satu masa. 

 

Saya telah ditawarkan SOS Internet, dan saya telah menjawab “YES”, mengapakah saya diberikan SOS Top Up?

Tawaran SOS ditunaikan berdasarkan kata kunci yang dihantar. Pastikan anda memasukkan kata kunci yang betul seperti di bawah:

 

Apakah yang akan terjadi jika kuota SOS Internet saya habis?

Setelah kehabisan kuota, anda masih boleh melayari internet pada kelajuan yang diperlahankan TANPA sebarang caj tambahan sehingga pas anda tamat tempoh. 

JENIS SOS PEMBERIAN
KATA KUNCI
SOS Internet Pass Internet DATA
SOS Top Up Kredit YES, YA, RM, Y

 

Bolehkah saya menikmati SOS Internet dan pas Harian/ Mingguan/ Bulanan secara serentak?

Ya, anda boleh menikmati SOS Internet dan pas Harian/ Mingguan/ Bulanan secara serentak. Pas dengan tamat tempoh terawal akan digunakan dahulu. 

 

Bagaimanakah cara untuk memeriksa penggunaan internet saya?

Dail *100# > Pas InternetStatus Pas Internet untuk memeriksa langganan. Semua pengguna SOS Internet terikat dengan terma dan syarat Internet Mudah Alih: https://www.hotlink.com.my/ms/tnc/plan-services/mobile-internet-tnc.html.

 

Mengapakah saya tidak dapat menggunakan perkhidmatan Internet SOS sebelumnya?

Selain tempoh langganan akaun Hotlink, servis SOS Internet juga tertakluk pada syarat-syarat lain, yang mungkin berubah bila-bila masa; kriteria utama termasuk tabiat tambah nilai dan pembayaran balik.  Teruskan menambah nilai dengan Hotlink untuk layak menggunakan SOS Top Up atau SOS Internet di masa akan datang.

 

Dengan pelan FAST dan status tidak aktif, adakah saya dapat menggunakan Internet Mudah Alih apabila saya menerima SOS Top Up atau SOS Internet?

Tidak, SOS Top Up atau SOS Internet tidak akan membenarkan penggunaan Internet Mudah Alih dalam status tidak aktif.