Jaringan Prihatin | Tebus subsidi sehingga RM300 dengan Maxis & Hotlink + 60GB/bln PERCUMA sekarang!

Jaringan Prihatin | Subsidi sehingga RM300 + 60GB/bln

Aktifkan Maxis VoLTE untuk nikmati kualiti panggilan sebenar! Langkah dan info terperinci

VoLTE, kualiti panggilan suara sebenar! Info

di sini.

Akses semua keperluan prabayar anda dengan Hotlink Self Serve Portal. Klik

Akses keperluan anda dengan Self Serve Portal

di sini

Tawaran eksklusif Hotlink bagi pemandu Barisan Hadapan GRAB


Versi [4 Disember 2020]

Apakah tawaran eksklusif Hotlink bagi pemandu Barisan Hadapan GRAB?

  1. Tawaran Prabayar Hotlink Tanpa Had termasuklah penebusan pek SIM Percuma dari mana-mana kedai 7-Eleven di Malaysia. Sebaik sahaja pek SIM diaktifkan, pemandu barisan hadapan Grab boleh menebus baucar petronas RM10 percuma di hotlink.com.my/grab
  2. Tawaran rebat bil 1 bulan percuma hanya sah untuk pelan Hotlink Postpaid 40 dan Hotlink Postpaid 60. Rebat bil 1 bulan akan diberikan selama lebih daripada 2 bulan (RM20 atau RM30 setiap bulan).

Siapa yang layak menikmati tawaran ini?
Tawaran ini hanya terbuka untuk pemandu barisan hadapan Grab berdaftar (Pemandu/ Rider Grab) dengan profil aktif dalam aplikasi Grab Driver.

Bolehkah pemandu barisan hadapan Grab tebus pek SIM Prabayar Hotlink Tanpa Had dan tawaran tawaran Hotlink Postpaid pada masa sama?
Ya, hanya satu penebusan untuk setiap tawaran dan tawaran tidak boleh wujud bersama dengan mana-mana tawaran daripada Hotlink.

Dimanakah pemandu barisan hadapan Grab boleh mendapatkan tawaran ini?
Tawaran eksklusif Hotlink boleh dijumpai dalam aplikasi Grab driver mereka di bahagian 'Grab benefit'.

Bagaimana saya boleh tebus baucar petrol RM10 percuma?

  1. Tebus kod promo unik ganjaran 'baucar petrol RM10 percuma & Pek Sim Prabayar Hotlink Tanpa Had" dalam aplikasi Grab Driver.
  2. Tebus pek SIM Prabayar Hotlink Tanpa Had percuma anda di mana-mana kedai 7-Eleven di Malaysia dengan tunjukkan kod promo unik anda pada juruwang.
  3. Sebaik sahaja pek SIM diaktifkan, layari hotlink.com.my/grab untuk tebus baucar petrol Petronas percuma (bernilai: RM10).
  4. Isikan maklumat yang diperlukan dalam laman web mikro untuk pengesahan.
  5. Sebaik sahaja maklumat disahkan, anda akan menerima SMS menerusi nombor telefon Prabayar Hotlink anda bersama dengan baucar petrol petronas RM10 percuma anda dalam tempoh 7 hari masa bekerja.

Apa perlu saya lakukan bila saya menerima kod SMS baucar petrol RM10?

  1. Anda harus klik pada pautan dalam SMS untuk mengaktifkan baucar.
  2. Ikut langkah dinyatakan dalam laman web untuk ambil kod bar anda.
  3. Tunjukkan kod bar kepada juruwang di stesen Petronas.

Bolehkah saya pecahkan baucar petrol RM10 menjadi baucar bernilai RM5 untuk saya isi petrol sebanyak 2 kali?
Tidak boleh. Baucar petrol Petronas RM10 hanya boleh ditebus sekali sahaja, tanpa mengira berapa jumlah yang telah anda isi.

Bolehkah saya tukar baucar petrol RM10 kepada wang?
Tidak boleh. Baucar petrol Petronas RM10 tidak boleh ditukar kepada wang.

Adakah terdapat tarikh luput bagi baucar petrol RM10?
Ya. Terdapat tarikh luput untuk baucar petrol Petronas RM10. Anda harus gunakan baucar itu tidak lebih daripada 28 Februari 2021.

Bolehkah saya tebus baucar petrol RM10 lebih daripada 1x?
Tidak boleh. Setiap pemandu/rider Grab hanya layak untuk miliki satu (1) penebusan baucar petrol RM10.

Aliran langkah penebusan e-baucar Petronas
Lakukan ini di lokasi penebusan di kaunter Petronas. Klik pada pautan dalam SMS untuk terima baucar anda dan ikuti langkah-langkah tertera.