Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Mei 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Mei 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kemas Kini Penting: Tukar ke Terma Syarat Am Perkhidmatan - Pengguna Hotlink. Ketahui Lebih Lanjut.

Pengguna Hotlink: Terma & Syarat Dikemaskini. Ketahui Lebih.

Soalan Lazim

HOTLINK REWARDS PASCABAYAR – SOALAN LAZIM

  • Hotlink Rewards Pascabayar baharu membolehkan anda menikmati pelbagai jenis ganjaran melalui aplikasi Hotlink termasuk:-

    1. mendapatkan baucar Hotlink Reward setiap bulan apabila anda memenuhi kriteria kelayakan
    2. memuat turun tawaran Hotlink secara percuma
  • Senang sahaja, kemas kini aplikasi Hotlink anda kepada versi 5.6 melalui Google Play Store atau Apple App Store untuk menikmati ganjaran baharu anda.

  • Anda boleh mendapatkan baucar Hotlink Rewards setiap bulan berdasarkan pelan Hotlink Pascabayar anda. Baucar Hotlink Rewards akan diberikan kepada anda setiap bulan pada permulaan tempoh bil anda jika anda memenuhi syarat.

    1. mempunyai akaun Pascabayar Hotlink yang aktif, tidak termasuk pelan Hotlink Postpaid with Fibre 99, Hotlink Postpaid and Fibre 99 (30Mbps) dan Prabayar Hotlink;
    2. akaun Hotlink pascabayar yang bertempoh tiga (3) bulan ke atas; dan
    3. pernah muat turun dan log masuk ke aplikasi Hotlink sekurang-kurangnya satu (1) kali semenjak pengaktifan servis Hotlink.
  • Sila rujuk jadual di bawah.

    Tier Jumlah Pelan Hotlink Pascabayar
    1 RM 30 – RM 39.99
    2 RM 40 – RM 59.99
    3 RM 60 and above
  • Nilai baucar Hotlink Rewards meningkat mengikut peringkat berdasarkan jumlah pelan Hotlink pascabayar. Nilai pelan Pascabayar Hotlink yang lebih tinggi akan menerima baucar Hotlink Rewards yang bernilai lebih tinggi.

  • Anda boleh menerima mana-mana satu atau lebih jenis baucar berikut tertakluk pada ketersediaannya bila tempoh bil anda bermula.

    1. Internet mudah alih percuma;
    2. Diskaun untuk pas internet dan/atau
    3. Tawaran istimewa
  • Semua baucar Hotlink Rewards akan diberikan melalui aplikasi Hotlink. Anda mesti memuat turun aplikasi Hotlink versi 5.6 untuk menerima sebarang baucar Hotlink Rewards.

  • Anda hanya boleh mengakses baucar Hotlink Rewards anda melalui aplikasi Hotlink. Tekan tab 'Ganjaran', klik 'Baucar Saya' untuk melihat dan menggunakan baucar anda yang tersedia.

  • Setiap baucar akan mempunyai syarat penggunaan tersendiri seperti yang ditunjukkan pada halaman baucar masing-masing di aplikasi Hotlink. Syarat umum untuk semua jenis Baucar Hotlink Rewards adalah seperti berikut:

    1. Hanya satu (1) baucar Hotlink Rewards boleh digunakan dalam setiap transaksi pembelian;
    2. Semua baucar Hotlink Rewards tidak boleh disusun dengan baucar lain dan tidak boleh digunakan bersama dengan diskaun, keistimewaan atau tawaran promosi lain, melainkan dinyatakan sebaliknya oleh Maxis;
    3. Baucar Hotlink Rewards yang diperoleh tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana orang atau entiti dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
  • Anda boleh memuat turun tawaran pilihan anda di aplikasi Hotlink versi 5.6 secara PERCUMA.

  • Setiap tawaran Hotlink akan mempunyai syarat tersendiri seperti yang ditunjukkan pada halaman tawaran masing-masing pada aplikasi Hotlink.

  • Malangnya, jika anda menggunakan mana-mana versi aplikasi Hotlink di bawah 5.6, anda tidak akan dapat menikmati Hotlink Rewards pascabayar baharu.

Segalanya pasti seronok dengan Hotlink.

Perlu menghubungi kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink