Soalan Lazim
VoWiFi untuk Hotlink
-
Voice over WiFi (VoWiFi) ialah perkhidmatan yang menggunakan teknologi Voice over IP (VoIP), membolehkan anda membuat panggilan suara berkualiti tinggi menggunakan sambungan WiFi dan bukannya isyarat rangkaian mudah alih. Ia berfungsi tanpa memerlukan sebarang aplikasi khas.
-
VoWiFi membolehkan anda membuat dan menerima panggilan melalui WiFi apabila isyarat mudah alih terhad atau tiada. Panggilan boleh diteruskan tanpa gangguan semasa anda bergerak antara liputan 4G dan rangkaian WiFi.
-
Mulai 16 Disember 2021, semua talian Maxis Postpaid & Hotlink telah dilengkapkan dengan perkhidmatan VoWiFi secara automatik. Anda hanya perlu pastikan telefon anda menyokong VoWiFI dan aktifkannya dalam tetapan telefon."
-
Telefon yang berbeza mungkin mempunyai langkah-langkah berbeza untuk menghidupkan VoWiFi.
Secara umum: Dari telefon anda, klik pada TETAPAN (SETTINGS) > RANGKAIAN MUDAH ALIH (MOBILE NETWORK) > Hidupkan Panggilan WiFi/VoWiFi (Enable WiFi Calling/VoWiFi)
Jika telefon anda tidak mempunyai pilihan ini, ia mungkin tidak menyokong Maxis VoWiFi. Pastikan telefon anda dikemas kini dengan perisian terkini.
-
Perkhidmatan panggilan VoWiFi memerlukan kad SIM-LTE. Untuk mengetahui sekiranya anda memiliki SIM-LTE:
Hotlink Unlimited, sila dail *100*6*1*4#
Hotlink Video atau Pantas, sila dail *100*6*1*5#
Pelan Hotlink lain, sila dail *100*6*1*6#"" -
Panggilan dalam Malaysia akan dicaj mengikut pelan anda. Jika pelan anda termasuk minit suara, panggilan VoWiFi akan menggunakan minit tersebut. Jika tidak, anda akan dicaj pada kadar Bayar-Bila-Guna (Pay per use).
-
Tidak, panggilan VoWiFi tidak menggunakan sebarang kuota data.
-
Ya, anda akan dapat membuat panggilan VoWiFi dan melayari internet pada masa yang sama selagi anda disambungkan ke rangkaian WiFi.
-
Panggilan VoWiFi tidak ditawarkan di dalam perkhidmatan perayauan antarabangsa.
-
VoLTE, iaitu Voice Over LTE menggunakan rangkaian 4G dan menawarkan kualiti suara yang lebih baik dengan keupayaan berbilang tugas.
VoWiFi menggunakan rangkaian WiFi dan meningkatkan kebolehpercayaan panggilan di dalam bangunan tanpa mengira kekuatan isyarat mudah alih.
-
Memandangkan VoWiFi bergantung pada kekuatan isyarat WiFi, letakkan router anda di lokasi yang optimum. Kualiti panggilan mungkin terjejas di tempat yang sesak dengan kekuatan isyarat WiFi yang tidak mencukupi.
Perlu menghubungi kami?
Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink