Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Mei 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Mei 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kemas Kini Penting: Tukar ke Terma Syarat Am Perkhidmatan - Pengguna Hotlink. Ketahui Lebih Lanjut.

Pengguna Hotlink: Terma & Syarat Dikemaskini. Ketahui Lebih.

Soalan Lazim

VoWiFi untuk Hotlink

  • Voice over WiFi (VoWiFi) adalah perkhidmatan panggilan yang menggunakan teknologi Voice over IP (VoIP) dari peranti yang bersambung dengan rangkaian Wi-Fi. Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk membuat panggilan berkualiti tinggi (HD) menerusi mana-mana sambungan Wi-Fi tempatan tanpa menggunakan aplikasi.

  • Voice over WiFi (VoWiFi) membolehkan anda menerima dan membuat panggilan menerusi rangkaian Wi-Fi pada talian mudah alih Maxis anda apabila isyarat mudah alih tiada atau terhad. Ketika anda bergerak antara rangkaian liputan 4G dan isyarat Wi-Fi lemah atau tiada, panggilan anda akan bersambung tanpa gangguan.

  • Efektif 16 Disember 2021, semua pelanggan Hotlink telah diberikan perkhidmatan VoWiFi. Sila periksa jika telefon anda serasi dengan Maxis VoWiFi.

  • Keberkesanan VoWiFi adalah bergantung kepada kekuatan isyarat rangkaian Wi-Fi. Isyarat rangkaian WiFi kebiasaannya lemah terutamanya di tempat sesak, contohnya pusat beli-belah, hotel, lapangan terbang, universiti & kafe.

    Memandangkan VoWiFi adalah panggilan IP, dan anda berada di dalam liputan 2G, pertukaran sambungan dari isyarat rangkaian WiFi yang lemah ke liputan 2G tidak akan berlaku.

    Selain daripada itu, sesetengah peranti tidak menyokong VoWiFi, jadi anda perlu memiliki peranti serasi sebelum menggunakan perkhidmatan ini.

  • Setiap peranti memiliki langkah yang berbeza untuk mengaktifkan VoWiFi.

    Secara umumnya:
    Daripada peranti anda, klik pada SETTINGS > MOBILE NETWORK > Enable WiFi Calling/VoWiFi

    Jika peranti anda tidak mempunyai fungsi ini, ia mungkin tidak menyokong VoWiFi Maxis, sila pastikan telefon anda dikemaskini dengan perisian terkini.

  • Perkhidmatan panggilan VoWiFi memerlukan kad SIM-LTE. Untuk mengetahui sekiranya anda memiliki SIM-LTE:

    Hotlink Unlimited, sila dail *100*6*1*4#
    Hotlink Video atau Pantas, sila dail *100*6*1*5#
    Pelan Hotlink lain, sila dail *100*6*1*6#""

  • Panggilan di dalam negara akan dikenakan caj kadar panggilan biasa mengikut kepada kadar pelan anda.

    Jika pelan Mudah Alih anda menggunakan panggilan minit suara, panggilan VoWiFi akan memanfaatkan kadar minit tersebut. Sekiranya tidak, panggilan VoWiFi akan dikenakan caj pada kadar Bayar-Bila-Guna (Pay-Per-Use).

  • Panggilan VoWiFi tidak menggunakan mana-mana kuota data.

  • Ya, anda boleh membuat panggilan antarabangsa atau panggilan terus (IDD) dengan VoWiFi dan akan dikenakan caj mengikut kadar pelan anda tau kadar biasa.

  • Panggilan VoWiFi tidak ditawarkan di dalam perkhidmatan perayauan antarabangsa.

  • VoLTE merujuk kepada panggilan yang menggunakan rangkaian Voice Over 4G LTE. Ia menawarkan kualiti suara terunggul jika dibandingkan dengan VoWiFi. Anda masih boleh melayari internet semasa dalam panggilan. Ia mempunyai kemampuan melakukan pelbagai aktiviti dengan aplikasi, seperti panggilan video, perkongsian fail multimedia, gambar dan panggilan telefon secara serentak pada kelajuan yang pantas.

    VoWiFi pula menggunakan rangkaian Wi-Fi untuk membuat panggilan kualiti tinggi (HD). VoWiFi menambah baik keberkesanan panggilan dalam bangunan, tak kira apa kekuatan isyarat mudah alih anda.

  • Ya, jika anda menggunakan VoLTE dan telah menetapkan VoWiFi pada tetapan peranti, anda boleh membuat dan menerima panggilan merentasi rangkaian Wi-Fi.

  • iPhone 12 adalah serasi dengan VoWiFi Maxis dengan perisian versi terkini. Sebaik sahaja iPhone anda dikemaskini dengan perisian terkini, sila pergi ke tetapan, tekan pada Mobile Data, kemudian tekan WiFi Calling untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

  • Anda sepatutnya boleh menggunakan perkhidmatan ini dengan mana-mana isyarat Wi-Fi; ia juga tertakluk kepada pembekal perkhidmatan Wi-Fi kerana panggilan suara boleh disekat oleh pembekal Wi-Fi dengan tetapan yang dibuat pada router

  • Ya, anda boleh membuat panggilan VoWiFi dan melayari internet pada masa yang sama asalkan anda dihubungkan pada rangkaian Wi-Fi.

  • Ya, fungsi Panggilan menunggu dan panggilan menangguh dijangka berfungsi seperti biasa.

  • Ya, Alihan Panggilan adalah fungsi panggilan suara, dan tiada kena-mengena dengan VoWiFi.

  • Panggilan video adalah berdasarkan kemampuan peranti dan ya, anda boleh melakukan panggilan video dengan VoWiFi jika peranti anda menyokong panggilan video.

  • Anda perlu periksa jika model telefon anda serasi dengan VoWiFi Maxis dan dikemaskini dengan perisian terkini. Jika ya, sila pergi ke tetapan dan periksa jika Panggilan - Wi-Fi telah diaktifkan.

  • Anda perlu berhubung dengan rangkaian Wi-Fi untuk menggunakan VoWiFi. Sila periksa jika anda telah log masuk ke dalam rangkaian Wi-Fi rumah rakan anda.

  • Semua iPhone 6s dan ke atas yang dikemas kini dengan iOS versi terkini.
    Peranti mudah alih Android terpilih.
    Sila rujuk Senarai Peranti VoWiFi untuk senarai penuh.

Perlu menghubungi kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink