Jaringan Prihatin | Tebus subsidi sehingga RM300 dengan Maxis & Hotlink + 60GB/bln PERCUMA sekarang!

Jaringan Prihatin | Subsidi sehingga RM300 + 60GB/bln

Aktifkan Maxis VoLTE untuk nikmati kualiti panggilan sebenar! Langkah dan info terperinci

VoLTE, kualiti panggilan suara sebenar! Info

di sini.

Akses semua keperluan prabayar anda dengan Hotlink Self Serve Portal. Klik

Akses keperluan anda dengan Self Serve Portal

di sini

Pas Internet Tambahan Hotspot

Siapa boleh membeli pas Internet Tambahan Hotspot?
Semua pelanggan pelan Hotlink Unlimited Prepaid dengan pas Internet Tanpa Had (aktif) berikut boleh membeli pas Internet Tambahan Hotspot:

  • Internet dan panggilan tanpa had (3Mbps) 30-hari
  • Internet dan panggilan tanpa had (6Mbps) 30-hari

Apa yang terkandung dalam pas Hotspot?
Dengan pas Internet Tambahan Hotspot pada RM5, anda boleh guna pas Internet Tanpa Had untuk hotspot (menambat) tanpa had.

  • Kuota data akan digunakan dari pas Internet dan Panggilan Tanpa Had 30-hari yang anda ada.
  • Kelajuan hotspot anda akan bergantung pada pas Internet dan Panggilan Tanpa Had 30-hari yang anda ada
  • Pas Internet Tambahan Hotspot akan tamat bersama dengan pas Internet dan Panggilan Tanpa Had 30-hari anda.

 

Pas Internet Tambahan

Harga

Kuota

Tempoh Sah

Kelajuan

Hotspot

RM5

Diambil dari pas Internet Tanpa Had 30-hari

Mengikut pas Internet Tanpa Had 30-hari

Bergantung pada pas Internet Tanpa Had 30-hari

 


Berapa banyak peranti yang boleh saya guna hotspot sekaligus?
Tiada had untuk jumlah peranti yang anda boleh guna untuk hotspot.
 

Saya mempunyai dua pas Internet Tanpa Had dan Panggilan 30-hari dengan tempoh sah yang berbeza. Saya membeli pas Internet Tambahan Hotspot, apa tempoh sah pas Hotspot?
Tarikh luput pas Hotspot anda akan mengikut tempoh sah pas Internet Tanpa Had yang lebih panjang.
Contohnya: Jika anda mempunyai dua pas Internet dan Panggilan Tanpa Had 30-hari; satu tamat pada 1 Okt 2020, satu lagi pada 15 Okt 2020. Pas Hotspot anda akan tamat pada 15 Okt 2020.
 

Saya mempunyai pas Hotspot, adakah tarikh tempoh sah pas Internet Tambahan Hotspot saya akan dilanjutkan jika saya membeli pas Internet dan Panggilan Tanpa Had 30-hari yang lain?
Tidak. Tempoh sah pas Hotspot anda tidak akan dilanjutkan dengan pas Internet dan Panggilan Tanpa Had 30 hari yang diaktifkan selepas pembelian pas Hotspot. Sekiranya anda ingin melanjutkan tempoh sah pas Hotspot anda dengan pas Internet dan Panggilan Tanpa Had 30 hari yang baru, sila beli pas Hotspot baru.
 

Bagaimana cara membeli pas Internet Tambahan Hotspot?
Anda boleh membeli pas Hotspot selepas pas Internet dan Panggilan Tanpa Had 30-hari anda telah diaktifkan di aplikasi Hotlink atau dengan dail *100#.
 

Bolehkah saya masih menggunakan pas Internet Tambahan Hotspot setelah pas Internet dan Panggilan Tanpa Had 30 hari saya luput?
Pas Internet Tambahan Hotspot anda akan luput bersama dengan pas Internet dan Panggilan Tanpa Had 30 hari yang anda ada.
 

Kenapa saya tidak dapat mengaktifkan/membeli pas Internet Tambahan Hotspot?
Kemungkinan besar adalah kerana anda tidak mempunyai Pas Internet dan Panggilan Tanpa Had 30-Hari yang aktif.
 

Bolehkah pas Hotspot diperbaharui secara automatik?
Tidak.
 

Apakah Policy Penggunaan Saksama untuk hotspot dan bagaimana ia berfungsi?
Kami menawarkan hotspot tanpa had dengan Policy Penggunaan Saksama (Fair Usage Policy/FUP). Setelah mencapai had FUP (gabungan penggunaan semua peranti), pengguna akan dimaklumkan bahawa mereka akan melayari internet dengan kelajuan yang rendah sehingga pas internetnya luput.
Had FUP pas 30 hari adalah 50GB untuk internet berkelajuan tinggi dan tidak ada had kuota untuk melayari pada kelajuan yang lebih rendah. Kelajuan yang lebih rendah dihadkan pada 512kbps, kelajuan ini adalah cukup untuk strim video definisi standard, aplikasi media social, layaran internet dan lain-lain.