Soalan Lazim
Hotlink RED – Pas RED Percuma
-
Pelanggan Hotlink RED yang membeli mana-mana Pas Internet layak menebus internet berkelajuan tinggi percuma untuk digunakan di YouTube, Facebook dan Instagram (“Pas RED”).
-
Pas RED hanya boleh ditebus melalui MyRewards di aplikasi Hotlink. Setelah anda menerima pengesahan SMS, anda boleh mula menikmati internet pantas percuma pada aplikasi terpilih iaitu YouTube, Facebook dan Instagram.
-
Jika terdapat halaman dalam aplikasi terpilih yang dihoskan oleh pihak ketiga, penggunaan internet pada halaman tersebut tidak akan ditolak daripada Pas RED percuma tetapi akan ditolak daripada Pas Internet asas.
Sila ambil perhatian bahawa P2P dan panggilan VOIP/Video di Facebook tidak termasuk dalam Pas RED.
-
Tempoh sah Pas RED percuma akan bermula dari masa ia ditebus dan akan tamat mengikut tempoh Pas Internet asas yang anda beli. Sebagai contoh, jika anda membeli Pas Internet mingguan RM10 yang tamat dalam 7 hari dan anda tebus Pas RED percuma pada hari yang sama, Pas RED percuma anda akan tamat pada masa yang sama dengan Pas Internet mingguan asas anda.
-
Ya, Pas RED boleh digabungkan (stackable). Sebagai contoh, jika anda membeli dua Pas Internet mudah alih terpilih, anda boleh menebus dua Pas RED.
-
Setelah kuota Pas RED percuma habis, kuota internet akan ditolak daripada Pas Internet seterusnya yang tersedia atau daripada Social Chat percuma. Jika anda tidak mempunyai sebarang Pas Internet lain yang masih aktif, anda tidak akan dapat mengakses internet.
Perlu menghubungi kami?
Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink