Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna. Ketahui info lanjut.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek. Ketahui info lanjut. Ketahui Lebih.

Soalan Lazim

eSIM Hotlink Postpaid

  • Untuk pendaftaran Hotlink Postpaid baharu, eSIM tersedia di semua Kedai Maxis, Rakan Eksklusif Maxis dan Kedai Dalam Talian Hotlink. Bagi pengguna Hotlink Postpaid sedia ada, anda boleh menukar kepada eSIM atau memindahkannya melalui aplikasi Hotlink. 

  • Kedai Maxis dan Rakan Eksklusif Maxis

    eSIM perlu diaktifkan melalui peranti yang menyokong eSIM dan disokong oleh Maxis. Anda boleh rujuk senarai peranti yang disokong di sini. Satu kit pengaktifan eSIM akan disediakan atas permintaan. Dalam kit pengaktifan tersebut, anda akan menemui kad pengaktifan yang mengandungi kod QR yang diperlukan untuk proses tetapan.

    Kedai Dalam Talian Hotlink
    Pilih eSIM sebagai jenis SIM anda semasa mendaftar pelan di Kedai Dalam Talian Hotlink. Seterusnya, anda akan menerima e-mel yang mengandungi langkah-langkah pengaktifan eSIM. Ikuti langkah-langkah tersebut untuk mengaktifkan eSIM pada peranti anda.

  • Ya, anda boleh tukar SIM fizikal kepada eSIM melalui aplikasi Hotlink. Sebelum mula, pastikan peranti anda menyokong eSIM dan talian anda aktif (tidak digantung atau disekat).

    Ikut langkah-langkah berikut dalam aplikasi Hotlink:

    Pergi ke ‘myHotlink’ dan pilih ‘eSIM Manager’.

    Ikut panduan di skrin, sahkan alamat e-mel anda, dan tekan 'Tukar ke eSIM'.

  • Anda boleh pindahkan eSIM anda ke telefon baharu dengan mudah melalui aplikasi Hotlink. Sebelum mulakan proses di peranti baharu, pastikan beebrapa perkara seperti berikut:

    • Telefon lama anda masih ada isyarat mudah alih untuk terima SMS pengesahan.
    • Telefon baharu anda disambungkan ke rangkaian Wi-Fi yang stabil dan telah memasang versi terkini aplikasi Hotlink.
    • Akaun Hotlink Postpaid anda aktif dan tiada bil tertunggak.

     

    Aplikasi akan membantu anda melakukan pemindahan. Anda perlu bersetuju dengan caj pemindahan sebanyak RM10 sebelum eSIM dimuat turun dan dipasang di telefon baharu.

  • Ya. Untuk melakukannya, kunjungi Pusat Maxis terdekat dan buat permintaan untuk penggantian SIM. Sila nyatakan bahawa anda memerlukan kad SIM fizikal. Caj penggantian SIM biasa mungkin dikenakan.

  • Tidak, anda tidak boleh menukar atau memindahkan eSIM jika talian anda digantung atau disekat. Talian anda mestilah aktif untuk melakukan transaksi ini.

Need more information on our Hotlink plans?

Perlu menghubungi kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink