Soalan Lazim
Bayar Dengan Hotlink - Umum
-
“Bayar dengan Hotlink” (juga dikenali dengan Direct Carrier Billing atau DCB) membolehkan anda mengecaj pembelian di aplikasi, konten digital, langganan dan banyak lagi terus ke akaun Hotlink anda— tiada kad kredit diperlukan!
- Untuk pelanggan Hotlink Postpaid: Pembelian anda akan disertakan dalam penyata bil anda yang seterusnya.
- Untuk pelanggan Hotlink Prepaid: Kos akan ditolak daripada baki kredit anda yang sedia ada.
-
Anda boleh mengecaj pembelian anda menggunakan "Bayar dengan Hotlink" ke dalam App Store berikut:
- Apple App Store
- Google Play Store
- Huawei App Gallery
-
Ya, terdapat Had Perbelanjaan Digital berdasarkan jenis akaun anda:
Hotlink Postpaid:
- Jika talian anda telah aktif selama 4 bulan atau lebih: RM250 (boleh dinaikkan sehingga 80% daripada had kredit anda melalui aplikasi Hotlink).
- Jika talian anda aktif kurang daripada 4 bulan: Had RM80/bulan tetap (tidak boleh diubah).
Hotlink Prepaid:
- Had Perbelanjaan Digital ialah RM5000 sebulan, dengan syarat anda mempunyai kredit yang mencukupi.
Nota: Had mungkin berubah dari semasa ke semasa, sebarang perubahan akan dipaparkan di sini. -
Ya, jika talian anda 4 bulan atau lebih, anda boleh menambah atau mengurangkan had anda melalui:
Untuk talian baharu di bawah 4 bulan, had RM80 adalah tetap.
Berikut ialah video berguna tentang mengurus had perbelanjaan anda:
-
Tidak. Bayaran balik tidak akan meningkatkan atau memulihkan had perbelanjaan anda untuk bulan semasa.
-
"Bayar dengan Hotlink" boleh didapati untuk semua pelanggan Hotlink Postpaid dan Prepaid, tidak termasuk pengguna SIM Pelancong Hotlink. Sila ambil perhatian bahawa perkhidmatan ini tidak boleh didapati untuk talian mudah alih Korporat atau perkhidmatan Broadband Tanpa Wayar.
-
Malangnya, "Bayar dengan Hotlink" hanya untuk pembelian dalam Ringgit Malaysia.
-
Dipermulaan pendaftaran "Bayar dengan Hotlink," talian anda mesti aktif di rangkaian Hotlink untuk pengesahan. Sebaik sahaja disahkan, anda boleh membuat pembelian sama ada menggunakan WiFi atau rangkaian mudah alih Hotlink.
-
Harga termasuk Cukai Perkhidmatan (SST) 8% untuk perkhidmatan digital—tiada cukai tambahan akan dipaparkan pada bil anda.
Pembelian tidak tertakluk kepada 6% Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
-
Anda boleh kawal perbelanjaan anda dengan mengubah had perbelanjaan anda dan mengurus langganan anda. Saksikan video panduan berguna ini sebagai rujukan anda:
- Bagi App Store: Saksikan disini
- Bagi Google Play: Saksikan disini
- Bagi App Store: Saksikan disini
-
Untuk sebarang isu – seperti ralat bil, caj berganda atau pengurusan langganan – hubungi App Store atau pembekal kandungan tersebut secara langsung.
Maxis hanya menyediakan perkhidmatan pembayaran dan tidak menguruskan langganan atau kandungan. Urus atau batalkan langganan melalui App Store atau pembekal perkhidmatan.
Ada sebarang pertanyaan tentang perkhidmatan kami?
Perlu menghubungi kami?
Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink