Soalan Lazim
Naik taraf Prabayar Hotlink ke Pascabayar Hotlink
-
Anda boleh menaik taraf di mana-mana Pusat Maxis dan Hotlink Online Store (tidak tersedia untuk naik taraf ke Pascabayar Hotlink 60 dengan pembelian telefon berkontrak)
Perkara yang perlu diperhatikan:
- Berumur 18 tahun ke atas dan memenuhi syarat kredit kami.
- Maksimum 2 talian pelan Pascabayar Hotlink (per NRIC/pasport).
-
Baki kredit anda yang tidak digunakan akan dipindahkan ke akaun pascabayar anda dan akan ditunjukkan dalam bil Pascabayar Hotlink anda.
-
Caranya mudah, pastikan talian Prabayar Hotlink anda aktif dan sila ke Hotlink Online Store dan lakukan perkara berikut:
- Pilih “Pelan pascabayar”
- Klik “Beli Sekarang”
- Klik “Talian Baharu”
- Lengkapkan pengesahan TAC dan Face ID
- Pilih “Naik Taraf ke Hotlink Postpaid” (Nota: hanya pengguna yang layak dapat melihat talian prabayar sedia ada)
- Lengkapkan butiran akaun
- Setelah menghantar pesanan, tunggu 5-10 minit untuk SMS pengesahan.
-
Tiada perubahan diperlukan; anda boleh menggunakan kad SIM yang sedia ada.
Perlu menghubungi kami?
Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink