Prabayar Hotlink Tanpa Had - Pas Internet Tanpa Had

Siapa yang boleh membeli Pas Internet Tanpa Had? 
Semua pelanggan pelan Prabayar Hotlink Tanpa Had yang aktif boleh membeli mana-mana Pas Internet Tanpa Had.
 

Apa Pas Internet Tanpa Had yang boleh dibeli?
Kami ada 4 jenis Pas Internet Tanpa Had:

Pas Internet Tanpa Had

Harga

Tempoh sah

Data

Minit

Internet dan panggilan tanpa had (6Mbps) 30-hari

RM45

 

30 hari

Tanpa Had

(6Mbps)

Tanpa Had

Internet dan panggilan tanpa had (3Mbps) 30-hari

RM35

 

30 hari

Tanpa Had (3Mbps)

Internet dan panggilan tanpa had (3Mbps) 7-hari

RM12

7 hari

Internet dan panggilan tanpa had (3Mbps) 1-hari

RM3

24 jam

 

Bagaimana saya boleh membeli/memeriksa kuota baki Pas Internet Tanpa Had saya?
Muat turun aplikasi Hotlink dari Google Play/App Store untuk membeli dan mengurus semua pas internet. Anda juga boleh dail *100#.
 

Bolehkah saya berkongsi kuota dari Pas Internet Tanpa Had saya dengan peranti lain untuk ‘Hotspot’?
Tidak, Pas Internet Tanpa Had hanya untuk penggunaan pada telefon pintar anda sahaja. Anda boleh membeli Pas Internet Tambahan untuk pengunaan ‘Hotspot’.
 

Adakah terdapat had kuota untuk penggunaan internet pada Pas Internet Tanpa Had saya?
Tidak ada had kuota untuk Pas Internet Tanpa Had, anda akan menikmati internet berkelajuan tinggi tetapi setelah mencapai had Polisi Penggunaan Saksama anda akan melayari dengan kelajuan yang lebih rendah.
 

Apakah Policy Penggunaan Saksama untuk pelan Hotlink Prabayar Tanpa Had dan bagaimana ia berfungsi?
Kami menawarkan internet tanpa had dengan Policy Penggunaan Saksama (Fair Usage Policy/FUP). Setelah mencapai had FUP, pengguna akan dimaklumkan bahawa mereka akan melayari internet dengan kelajuan yang rendah sehingga pas internetnya luput.

Had FUP berbeza untuk setiap pas internet; 5GB untuk pas harian, 15GB untuk pas mingguan dan 50GB untuk pas bulanan untuk internet berkelajuan tinggi dan tidak ada had kuota untuk melayari pada kelajuan yang lebih rendah.

Kelajuan yang lebih rendah dihadkan pada 512kbps, kelajuan ini adalah cukup untuk strim video definisi standard, aplikasi media social, layaran internet dan lain-lain.


Apa akan berlaku jika saya membeli Pas Internet Tanpa Had yang lain semasa mempunyai Pas Internet Tanpa Had yang aktif?

Pas Internet Tanpa Had dengan kelajuan lebih pantas akan diutamakan.
Contoh: Anda mempunyai pas Internet dan Panggilan Tanpa Had (3Mbps) 30-hari aktif. Anda membeli lagi satu pas Internet dan Panggilan Tanpa Had (6Mbps) 30-hari; kelajuan internet anda sekarang ialah 6Mbps dan bukan 3Mbps.
 

Adakah Pas Internet Tanpa Had boleh diperbaharui secara automatik?
Tidak.

Saya telah membeli Pas Internet Tanpa Had, mengapa saya mendapat keputusan ujian kelajuan lebih tinggi dari 3Mbps/6Mbps di applikasi Ookla?
Ujian kelajuan Ookla akan menunjukkan kelajuan sebenar rangkaian Maxis di kawasan anda, sebelum dihadkan oleh Pas Internet Tanpa Had yang anda beli pada 3Mbps atau 6Mbps.

Untuk menikmati kelajuan tanpa had, anda boleh membeli Pas Internet Tambahan.