Prabayar Hotlink Tanpa Had - Lazim

Berapakah harga pek permulaan Prabayar Hotlink Tanpa Had dan apa yang dimuatkan ke dalam SIM?
Pek permulaan Prabayar Hotlink Tanpa Had berharga RM10 dan ia dilengkapi dengan kredit RM5 (sah 5 hari) & 500MB Internet Asas PERCUMA.
 

Apakah kadar panggilan suara & SMS?
Nikmati kadar rata 15sen/30saat untuk panggilan & 15sen/SMS ke semua rangkaian tempatan. Kadar panggilan video sama dengan kadar panggilan suara.
Untuk menikmati panggilan tanpa had kepada semua rangkaian tempatan, beli mana-mana Pas Internet Tanpa Had kami. Pas ini juga dilengkapi internet tanpa had.
 

Bagaimana saya mula menggunakan internet? Adakah saya akan dikenakan kadar ‘pay-per-use’ 10sen/10kb?
Pelan Prabayar Hotlink Tanpa Had anda telah dilengkapi dengan 500MB Internet Asas PERCUMA dan anda tidak akan dikenakan kadar ‘pay-per-use’.
Untuk internet berkelajuan tinggi, beli pas internet dari aplikasi Hotlink (muat turun di Google Play/App Store, secara PERCUMA).
 

Bagaimana cara menguruskan akaun saya dengan pelan ini? Contoh; beli pas internet, periksa baki kredit saya dan lain-lain.
Untuk pengalaman & ganjaran terbaik, muat turun aplikasi Hotlink dari Google Play/App Store. Anda juga boleh dail *100#.
 

Apakah jangka hayat untuk pelan Prabayar Hotlink Tanpa Had?
Pelan Prabayar Hotlink Tanpa Had memberikan anda tempoh aktif 5 hari setelah pengaktifan dengan tambahan 50 hari tempoh tidak aktif.
 

Apakah itu tempoh ‘tidak aktif’ atau juga dikenali sebagai ‘kredit tempoh tangguh’?
Semasa dalam tempoh tidak aktif anda hanya boleh menerima panggilan dan SMS. Untuk membuat panggilan, mengirim SMS & melayari internet, sila tambah nilai.
Untuk mengelakkan pembatalan perkhidmatan, sila pastikan anda tambah nilai sebelum tamat tempoh tidak aktif anda.
 

Apa akan berlaku kepada kredit yang tidak digunakan dalam tempoh tidak aktif?
Kredit anda yang tidak digunakan selama tempoh tidak aktif akan dibekukan dan anda hanya dapat menerima panggilan dan SMS. Apabila anda tambah nilai semula, baki kredit anda yang tidak digunakan akan digabung dengan jumlah tambah nilai anda.
 

Apa akan berlaku dengan langganan internet saya semasa tempoh tidak aktif?
Semasa tempoh tidak aktif, anda tidak dapat menggunakan kuota baki dari pas internet anda. Tambah nilai untuk terus menggunakan pas internet anda.
 

Apakah maksud Internet Asas PERCUMA untuk pelan Prabayar Hotlink Tanpa Had dan cara menikmatinya?
Internet Asas PERCUMA sebanyak 500MB membolehkan anda kekal berhubung di semua aplikasi 24/7 secara PERCUMA, dengan had kelajuan 64kbps. Internet Asas PERCUMA boleh dinikmati dalam tempoh 1 jam selepas pengaktifan pelan Prabayar Hotlink Tanpa Had anda. Kuota ini akan diperbaharui setiap bulan.
 

Bolehkah Internet Asas PERCUMA digunakan untuk perantauan antarabangsa?
Tidak. Internet Asas PERCUMA hanya untuk penggunaan tempatan. Semasa anda merantau ke luar negara, kadar biasa untuk perantauan antarabangsa akan dikenakan. Untuk menjimat, sila melanggan Pas Data Roam. Layari www.hotlink.com.my/roaming untuk maklumat lanjut.