Tambah Nilai - SOS Top Up

 

Apakah yang ditawarkan oleh SOS Top Up Hotlink?

SOS Top Up ialah khidmat berdasarkan kecemasan yang membolehkan anda memohon atau meminjam kredit daripada Hotlink.

 

Siapakah yang layak menikmati perkhidmatan SOS Top Up ini?

Syarat-syarat untuk menikmati tawaran SOS Top Up adalah seperti berikut:

  1. Mencapai tempoh 1 bulan langganan atau lebih.
  2. Tidak sah untuk Tablet, MVNO atau pelan-pelan Broadband.
  3. Berdasarkan kelayakan SOS Top Up (cth. Tabiat tambah nilai dan pembayaran balik dll.)

 

Adakah terdapat lain-lain caj yang dikenakan untuk khidmat ini?

Caj perkhidmatan akan dikenakan dari tambah nilai anda yang seterusnya. Kredit diberikan serta caj perkhidmatan akan dinyatakan di dalam SMS.

 

Adakah tempoh sah saya akan dipanjangkan apabila menerima kredit daripada Hotlink?

Tempoh sah anda akan dipanjangkan bergantung kepada jumlah kredit yang diterima. 

 

Berapakah kali saya boleh meminta SOS Top Up?

Anda boleh meminta seberapa banyak kali yang anda perlukan, selagi anda membayar balik baki dan caj servis yang tertunggak.

 

Berapakah kali saya boleh meminta SOS Top Up?

Anda boleh meminta seberapa banyak kali yang anda perlukan, selagi anda membayar balik baki dan caj servis yang tertunggak.

 

Bagaimanakah cara untuk membayar SOS Top Up Hotlink?

Hotlink akan menolak jumlah kredit yang dipinjam daripada tambah nilai seterusnya, berserta dengan caj perkhidmatan, seperti dimaklumkan dalam SMS.

 

Bagaimanakah saya dapat pastikan Hotlink telah menolak jumlah pinjaman daripada baki kredit saya?

Anda akan menerima SMS pengesahan yang menyatakan jumlah SOS Top Up dan caj perkhidmatan telah ditolak daripada akaun anda.

 

Apakah yang dimaksudkan dengan Auto SOS Top Up Hotlink?

Ini adalah perkhidmatan tambahan yang mengautomatikkan proses kredit, tanpa memerlukan anda menjawab YA setiap kali anda memerlukan kredit. 

 

Bagaimanakah saya boleh melanggan Auto SOS Top Up Hotlink?

Anda akan mendapat jemputan untuk tawaran selepas menerima tawaran SOS Top Up.

 

Bagaimanakah saya membatalkan langganan untuk Auto SOS Top Up Hotlink?

Hantar OFFAUTO ke 20505 untuk membatalkan langganan. 

 

Bagaimanakah saya boleh menghentikan SMS tawaran daripada SOS Top Up?

Hantar STOPSMS ke 20505 untuk berhenti menerima promosi daripada kami. Untuk menerima kembali makluman promosi, hantar STARTSMS ke 20505.

 

Mengapakah rakan saya diberikan tawaran RM10, tetapi saya hanya ditawarkan RM3?

Jumlah yang ditawarkan adalah berlainan untuk setiap individu, dan bergantung kepada kelayakan mereka yang ditentukan oleh Hotlink. 

 

Mengapakah Baki Tertunggak SOS tidak ditolak apabila saya melakukan PostAid Top Up?

Baki Tertunggak SOS hanya akan ditolak apabila tambah nilai dilakukan melalui cara berikut

  • Tiket Tambah Nilai eReload
  • Bank
  • MaxisPay
  • Laman Web Hotlink
  • Aplikasi Hotlink

 

Saya telah ditawarkan SOS Top Up , dan saya telah memilih “DATA”, mengapakah saya diberikan SOS Internet?

•Tawaran SOS ditunaikan berdasarkan kata kunci yang dihantar. Pastikan anda memasukkan kata kunci yang betul seperti di bawah:

 

Mengapakah saya tidak dapat menggunakan servis SOS Top Up seperti sebelumnya?

Selain tempoh langganan akaun Hotlink, servis SOS Top Up juga tertakluk pada syarat-syarat lain, yang mungkin berubah bila-bila masa; kriteria utama termasuk tabiat tambah nilai dan pembayaran balik.  Teruskan menambah nilai dengan Hotlink untuk layak menggunakan SOS Top Up atau SOS Internet di masa akan datang.

 

Dengan pelan FAST dan status tidak aktif, adakah saya dapat menggunakan Internet Mudah Alih apabila saya menerima SOS Top Up atau SOS Internet?

Tidak, SOS Top Up atau SOS Internet tidak akan membenarkan penggunaan Internet Mudah Alih dalam status tidak aktif.

JENIS SOS PEMBERIAN KATA KUNCI
SOS Internet Pass Internet DATA
SOS Top Up
Kredit YES, YA, RM, Y