Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Mei 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Mei 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kemas Kini Penting: Tukar ke Terma Syarat Am Perkhidmatan - Pengguna Hotlink. Ketahui Lebih Lanjut.

Pengguna Hotlink: Terma & Syarat Dikemaskini. Ketahui Lebih.

Soalan Lazim

Pelan Hotlink Prepaid

Umum

  • Pek permulaan Pelan Hotlink Prepaid berharga RM10 dan ia dilengkapi dengan kredit RM5. Selepas SIM diaktifkan, pelan ini memberi anda 5 hari aktif dan 50 hari tidak aktif.

  • Nikmati kadar rata 30sen/60saat untuk panggilan & 15sen/SMS ke semua rangkaian tempatan. Kadar panggilan video sama dengan kadar panggilan suara.

  • Untuk mengurus akaun Hotlink anda dan menikmati ganjaran, muat turun aplikasi Hotlink dari Google Play/App Store. Anda juga boleh dail *100# untuk mengurus akaun anda.

  • Pelan Hotlink Prepaid memberikan anda tempoh aktif 5 hari setelah pengaktifan dengan tambahan 50 hari tempoh tidak aktif.

  • Semasa dalam tempoh tidak aktif anda hanya boleh menerima panggilan dan SMS. Untuk membuat panggilan, mengirim SMS & melayari internet, sila tambah nilai. Untuk mengelakkan pembatalan perkhidmatan, sila pastikan anda tambah nilai sebelum tamat tempoh tidak aktif anda.

  • Kredit anda yang tidak digunakan selama tempoh tidak aktif akan dibekukan dan anda hanya dapat menerima panggilan dan SMS. Apabila anda tambah nilai semula, baki kredit anda yang tidak digunakan akan digabung dengan jumlah tambah nilai anda.

  • Semasa tempoh tidak aktif, anda tidak dapat menggunakan kuota baki dari pas internet anda. Tambah nilai untuk terus menggunakan pas internet anda.

Pas Internet

  • Pas Data Harga Tempoh Sah Hotspot Kuota Panggilan Tempatan Pas 5G
    Tanpa Had Tanpa had (12Mbps) (4G/5G) dan 5G pantas (8mlm-8pg) RM50 30 hari Tanpa had Tanpa had Ya
    Tanpa had (6Mbps) (4G/5G) dan 5G pantas (8mlm-8pg) RM40 30 hari Tanpa had Tanpa had Ya
    Tanpa had (6Mbps) (4G/5G) dan 5G pantas (8mlm-8pg) RM12 7 hari Tanpa had Tanpa had Ya
    Pantas 70GB (4G/5G) dan 30GB (5G) (Kuota internet boleh digunakan di Malaysia, Singapura, Indonesia and Thailand) RM60 30 hari Tanpa had Tanpa had Ya
    40GB (Kuota internet boleh digunakan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand) RM45 30 hari Tanpa had Tanpa had -
    30GB (4G/5G) dan 30GB (5G) RM35 30 hari Tanpa had Tanpa had Ya
    20GB (4G/5G) dan 20GB (5G) RM25 30 hari Tanpa had Tanpa had Ya
    10GB (4G/5G) dan 10GB (5G) RM10 7 hari Tanpa had Tanpa had Ya
    3GB (4G/5G) RM3 1 hari Tanpa had - Ya
  • Anda akan dapat menikmati 5G dengan pelan ini jika anda memenuhi semua keperluan berikut:

    • Menggunakan peranti berkemampuan 5G. Untuk senarai peranti berkemampuan 5G sila semak di sini;
    • SIM anda ialah SIM 4G LTE. Untuk menyemak, hanya dail *100*6*1*4# daripada telefon anda;
    • Menetapan 5G pada peranti anda; dan
    • berada dalam liputan 5G
  • Muat turun aplikasi Hotlink dari Google Play atau Apple App Store untuk membeli dan mengurus semua pas internet anda. Anda juga boleh dail *100#.

  • Tidak ada had kuota untuk Pas Internet Tanpa Had, anda akan menikmati internet berkelajuan tinggi tetapi setelah mencapai had Polisi Penggunaan Saksama anda akan melayari dengan kelajuan yang lebih rendah.

  • Kami menawarkan internet tanpa had dengan Polisi Penggunaan Saksama (Fair Usage Policy/FUP). Setelah mencapai had FUP, pengguna akan dimaklumkan bahawa mereka akan melayari internet dengan kelajuan yang rendah sehingga pas internet luput.

    Had FUP berbeza untuk setiap pas internet; 20GB untuk pas 7 hari dan 100GB untuk pas 30 hari. Tiada had kuota untuk melayari pada kelajuan yang lebih rendah.

    Kelajuan dihadkan pada 512kbps, kelajuan ini sesuai untuk strim video definisi standard, aplikasi media social, layaran internet dan lain-lain.

  • Pengguna pas tanpa had akan menikmati kelajuan internet pantas dari 8 malam-8 pagi. Kuota akan digunakan dari “Fair Usage Policy” (FUP). Sebaik sahaja kuota FUP habis sepenuhnya, kedua-dua rangkaian 4G dan 5G akan strim pada kelajuan yang lebih rendah pada 512kbps (sepanjang hari).

  • Semasa tempoh tidak aktif, anda tidak dapat menggunakan kuota baki dari pas internet anda. Tambah nilai untuk terus menggunakan pas internet anda.

  • Pas Internet Tanpa Had dengan kelajuan lebih pantas akan diutamakan.

    Contoh: Anda mempunyai pas Internet dan Panggilan Tanpa Had (3Mbps) 30-hari aktif. Anda membeli lagi satu pas Internet dan Panggilan Tanpa Had (6Mbps) 30-hari; kelajuan internet anda sekarang ialah 6Mbps dan bukan 3Mbps.

  • Seperti semua pas internet mudah alih untuk prabayar, ia adalah pas langganan sekali.

Baucar Cashback Hotlink

  • Pakej Belia adalah tawaran untuk warganegara Malaysia yang berumur di bawah 24 tahun. Pelanggan yang layak akan menerima Baucar Cashback 20% dengan pembelian pas internet yang terpilih. Baucar Cashback boleh digunakan untuk pembelian pas internet yang layak seterusnya.

     

  • Dengan Baucar Cashback Hotlink, anda boleh menikmati diskaun semasa anda membeli pas internet bulanan melalui aplikasi Hotlink. Pengguna yang layak akan menerima 20% Baucar Cashback dengan pembelian pas internet terpilih dan baucar boleh digunakan untuk pembelian pas internet bulanan seterusnya.

  • Pengguna yang memenuhi kriteria dibawah adalah layak untuk menerima Baucar Cashback semasa membeli Pas Internet terpilih melalui aplikasi Hotlink:

    1. Pengguna warganegara Malaysia berumur dibawah 24 tahun; atau
    2. Pendaftaran telah dilakukan oleh peniaga Hotlink/Maxis di wilayah berikut:
      1. Kelantan
      2. Terengganu
      3. Pahang
      4. Sarawak
      5. Sabah
      6. Labuan
  • Pas Internet Harga Jumlah Baucar Cashback
    70GB (4G/5G) dan 30GB (5G) (Kuota internet boleh digunakan di
    Malaysia, Singapura, Indonesia and Thailand) 30 hari
    RM60 RM12
    Tanpa had (12Mbps) (4G/5G) dan 5G pantas (8mlm-8pg) 30 hari RM50 RM10
    40GB (Kuota internet boleh digunakan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand) 30 hari RM45 RM9
    Tanpa had (6Mbps) (4G/5G) dan 5G pantas (8mlm-8pg) 30 hari RM40 RM8
    30GB (4G/5G) dan 30GB (5G) 30 hari RM35 RM7
    20GB (4G/5G) dan 20GB (5G) 30 hari RM25 RM5
  • Anda hanya boleh mengakses dan menggunakan Baucar Cashback anda melalui aplikasi Hotlink.

    Untuk pengguna yang layak, Baucar Cashback Hotlink akan dikredit secara automatik ke halaman “Ganjaran Saya”.

    Di dalam halaman pembelian pas internet, pastikan anda menggunakan Baucar Cashback di tab “Pilih Baucar” untuk menikmati potongan bayaran.

  • Ya, anda akan menerima satu lagi baucar bernilai RM8 jika anda membeli pas internet yang melayakkan anda menerima Baucar Cashback, walaupun anda membeli pas tersebut dengan menggunakan baucar.

  • Baucar Cashback Hotlink hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan bersama baucar lain.

  • Baucar Cashback Hotlink akan tamat tempoh selepas 33 hari dari tarikh baucar diterima.

Need more information on our Hotlink plans?

Perlu menghubungi kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink