Hotlink Online Store kini dibuka sepanjang masa! Klik untuk peranti terkini & PENGHANTARAN PERCUMA.

Hotlink Online Store buka 24 jam. PENGHANTARAN PERCUMA!

Akses semua keperluan prabayar anda dengan Hotlink Self Serve Portal. Klik

Akses keperluan anda dengan Self Serve Portal

di sini

Soalan Lazim

Kempen Hotlink Postpaid Ganjaran Istimewa Merdeka - FAQs

  • Kempen Ganjaran Istimewa Merdeka Hotlink Postpaid ini merupakan program ganjaran dan kesetiaan untuk pelanggan Pascabayar Hotlink. Semua pelanggan Pascabayar Hotlink yang layak, berpeluang untuk memenangi hadiah apabila mereka menebus tawaran melalui aplikasi Hotlink app.

  • Tempoh kempen adalah dari 26 Ogos 2022 sehingga 23 September 2022.

  • Setiap penebusan tawaran yang ke-650 akan dipilih sebagai pemenang dan akan dihubungi oleh wakil Hotlink dalam tempoh 21 hari bekerja selepas kempen tamat.

    Jumlah bilangan hadiah untuk dimenangi sepanjang tempoh kempen seperti jadual di bawah

    Hadiah Kempen Jumlah Pemenang
    Samsung Galaxy Z Fold 4 12
    Samsung Galaxy Z Flip 4 4
    1. Semua pelanggan Pascabayar Hotlink yang aktif (kecuali pelanggan Prabayar Hotlink), dan berumur 18 tahun ke atas layak untuk menyertai.
    2. Peserta yang layak mesti menggunakan nombor Pascabayar Hotlink yang sama seperti yang diguna untuk menyertai kempen ini dan mengekalkan akaun aktif. Akaun Pascabayar Hotlink tidak boleh digantung atau dihentikan dengan alasan apa pun sepanjang tempoh kempen sehingga pemilihan pemenang dan penghantaran hadiah kepada pemenang selesai.
    3. Kumpulan orang berikut tidak layak untuk menyertai kempen ini-
      • Pekerja tetap atau kontrak Maxis / Hotlink (termasuk syarikat bersekutu atau yang berkaitan) dan ahli keluarga terdekat mereka (anak-anak, ibu bapa, saudara dan saudari, termasuk pasangan suami isteri); atau
      • Wakil, peniaga, pekerja dan / atau ejen Maxis / Hotlink dan ahli keluarga terdekat mereka (anak-anak, ibu bapa, saudara, dan saudara perempuan, termasuk pasangan suami isteri)
    1. Log masuk ke aplikasi Hotlink app, pergi ke tab "Ganjaran".
    2. Tebus tawaran pilihan anda.
    3. Setiap penebusan yang ke-650 akan dipilih sebagai pemenang.
    4. Anda boleh menebus setiap tawaran sebanyak yang mungkin
    5. Sebarang penyertaan yang diterima selepas 23 September 2022 akan dibatalkan dan dianggap batal dan tidak sah.
    6. Hadiah yang dimenangi tidak boleh ditukar, tidak boleh dipindah milik, dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai atau hadiah lain.
  • Jika anda dipilih sebagai pemenang, pilihan hadiah akan diberi secara rawak.

  • Setiap peserta hanya layak memenangi satu (1) hadiah sepanjang tempoh kempen. Tetapi, semua pelanggan layak untuk menebus sebarang tawaran sebanyak kali yang dikehendaki melalui aplikasi Hotlink app setiap hari.

Pengumuman Pemenang & Pemberian Hadiah

  • Pemenang bertuah akan dihubungi oleh wakil Hotlink atau rakan yang ditugaskan oleh Hotlink dalam tempoh masa 21 hari bekerja setelah kempen tamat, dan akan dianggap sebagai pemenang jika dia dapat menjawab soalan mengenai Hotlink dengan betul.. Hadiah hanya akan dihantar kepada pemenang setelah pengesahan butiran berikut:

    1. Nama penuh dan nombor kad pengenalan atau nombor pasport pemenang;
    2. Nombor Pascabayar Hotlink yang menyertai kempen; dan
    3. Alamat penuh untuk penghantaran hadiah.

Perlu menghubungi kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink