Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna. Ketahui info lanjut.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek. Ketahui info lanjut. Ketahui Lebih.

Soalan Lazim

HOTLINK REWARDS PRABAYAR – SOALAN LAZIM

Ketahui tentang Ganjaran Hotlink

  • Mulai 18 Mei 2025, Ganjaran Hotlink Prepaid telah ditambah baik untuk memberikan anda pengalaman yang lebih nilai dengan ganjaran yang lebih berbaloi serta ciri-ciri baharu.

  • Ganjaran Hotlink Prepaid BAHARU membolehkan anda menikmati lebih banyak ganjaran eksklusif melalui aplikasi Hotlink termasuk:

    1. Semua pelanggan Hotlink kini berpeluang memenangi hadiah setiap hari Ahad melalui kempen Menang Ahad.
    2. Memuat turun ganjaran dan tawaran harian secara PERCUMA.
    3. Membeli e-Baucar Hotlink daripada LEBIH BANYAK jenama kegemaran anda pada harga diskaun.
  • Kemas kini aplikasi Hotlink anda kepada versi 5.33 melalui Google Play Store atau Apple App Store untuk mula menikmati ganjaran baharu anda.

  • Lancarkan aplikasi Hotlink (versi terkini) pada setiap hari Ahad dan pastikan anda mempunyai pas internet yang aktif. Anda akan mendapat 1 peluang putaran setiap hari Ahad untuk menang 1 hadiah. Antara hadiah yang ditawarkan termasuk kredit Percuma, internet percuma, tawaran eksklusif daripada rakan niaga, dan Hadiah Utama yang menarik.

A. Ganjaran Hotlink 

  • Kemas kini aplikasi dan pastikan anda menggunakan versi 5.33 dan ke atas.

    1. Pelanggan Hotlink yang aktif dengan Pas Internet aktif semasa Tempoh Kempen;
    2. Warganegara Malaysia; dan
    3. Berumur sekurang-kurangnya dua belas (12) tahun. Peserta yang berumur di bawah lapan belas (18) tahun mesti mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa untuk menyertai, dan salinan kebenaran tersebut mesti disediakan kepada Maxis atas permintaan pada bila-bila masa.
  • Anda boleh melihat Baucar Ganjaran Hotlink anda hanya melalui aplikasi Hotlink. Pergi ke tab 'Ganjaran', klik pada 'Ganjaran Saya' untuk melihat dan menggunakan baucar yang tersedia.

  • Setiap baucar akan mempunyai terma penggunaan yang tersendiri seperti yang dinyatakan di halaman baucar masing-masing dalam aplikasi Hotlink. Terma umum yang dikenakan untuk semua jenis Baucar Ganjaran Hotlink adalah seperti berikut:

    1. Hanya satu (1) Baucar Ganjaran Hotlink boleh digunakan dalam setiap transaksi pembelian.
    2. Semua Baucar Ganjaran Hotlink tidak boleh digabungkan dengan baucar lain dan tidak boleh digunakan bersama dengan diskaun, keistimewaan, atau tawaran promosi lain, kecuali dinyatakan sebaliknya oleh Maxis.
    3. Baucar Ganjaran Hotlink yang diperoleh tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana individu atau entiti dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.

     

    Untuk baucar diskaun bagi sebarang pas internet mudah alih, anda perlu memilih dan menggunakan baucar tersebut sebelum membuat pembayaran bagi sebarang pembelian pas internet mudah alih.

     

B. Tawaran Hotlink

  • Anda boleh memuat turun tawaran pilihan anda secara PERCUMA melalui versi terkini aplikasi Hotlink.

  • Setiap tawaran Hotlink akan mempunyai terma yang tersendiri seperti yang dinyatakan di halaman tawaran masing-masing dalam aplikasi Hotlink.

C. e-Baucar Hotlink 

Anda boleh rujuk Soalan Lazim e-Baucar Hotlink di www.hotlink.com.my/ms/faq/lifestyle/hotlink-rewards/e-voucher/

Maklumat Tambahan

  • Jika anda menggunakan versi aplikasi Hotlink di bawah 5.33, anda tidak akan dapat menikmati Ganjaran Hotlink Prepaid baharu atau menyertai kempen Menang Ahad.

  • Di Hotlink, kami berusaha untuk sentiasa memberikan anda pengalaman yang lebih baik dan oleh itu kami membuat perubahan kepada Ganjaran Hotlink untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik.

    Ganjaran Hotlink BAHARU direka untuk memberikan anda ganjaran yang lebih berbaloi serta ciri-ciri baharu, termasuk peranti baharu, GB PERCUMA, kredit PERCUMA serta baucar yang menarik.

Segalanya pasti seronok dengan Hotlink.

Perlu menghubungi kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink