Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Mei 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Mei 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kemas Kini Penting: Tukar ke Terma Syarat Am Perkhidmatan - Pengguna Hotlink. Ketahui Lebih Lanjut.

Pengguna Hotlink: Terma & Syarat Dikemaskini. Ketahui Lebih.

Soalan Lazim

SOALAN LAZIM - Maxis Lifestyle

  • Maxis Lifestyle (dahulunya dikenali sebagai Maxis TV) menawarkan langganan untuk kandungan video, music dan gaming untuk semua pelanggan Maxis dan Hotlink menerusi kaedah pembayaran "Bayar dengan Maxis" dan "Bayar dengan Hotlink".

    Untuk pelanggan Postpaid, kandungan langgunan anda akan dibilkan dalam bil seterusnya dan bagi pelanggan Prepaid, ianya akan ditolak daripada kredit Hotlink yang masih ada anda.

  • Terdapat tiga (3) pilihan:

    1. Daripada aplikasi Maxis/ Hotlink, pada halaman HOME, antara butang service dan account anda, anda akan lihat butang "Lifestyle" bersama dengan "Pay Bill", "Devices" dan "Roaming". Klik "Lifestyle" dan anda akan dibawak ke portal Maxis Lifestyle.
    2. Pergi ke browser anda, copy dan paste (https://lifestyle.maxis.com.my/) dan tekannya.
    3. Daripada laman web rasmi Hotlink atau Maxis, anda dapat lihat pilihan "Lifestyle" pada bahagian atas laman web, klik sahaja "Lifestyle" untuk pergi ke portal Maxis Lifestyle

    Sekiranya anda berminat untuk melanggan kandungan-(kandungan) ditawarkan oleh Maxis Lifestyle, klik sahaja butang ikon manusia pada bahagian kanan atas pada portal Maxis Lifestyle untuk log masuk dengan Maxis ID atau nombor telefon.

  • Dengan Maxis Lifestyle, anda boleh menikmati Super Streamer Passes (pas sekali guna) yang dilengkapi dengan data strim tanpa had*. Super Stream Passes adalah seperti berikut:

    Pelan Layak sooka iQIYI Viu
    • Maxis Postpaid
    • Maxis Unlimited Postpaid
    • Pelan Maxis Family
    • Hotlink Postpaid
    • Hotlink Prepaid dengan Pas Internet Mudah Alih Bulanan lebih daripada RM25
    • Super Streamer Pass untuk sooka @ RM9.90/30 hari
    • Super Streamer Pass untuk iQIYI @ RM9.90/30 hari
    • Super Streamer Pass untuk Viu @ RM9.90/30 hari
    • Hotlink Prepaid Tanpa Had dengan Pas Internet Mudah Alih Bulanan RM85
    • Super Streamer Pass untuk sooka @ RM0.00/30 hari

    *Pas-pas ini dilengkapi dengan data tanpa had dengan Polisi Kadar Saksama.

  • Super Streamer Passes adalah satu pas sekali guna dengan data tanpa had dan harganya lebih rendah daripada RRP. Sementara pilihan lain yang anda lihat adalah pas pembaharuan automatik bermakna untuk semua pelanggan Maxis dan Hotlink dan harganya sama dengan apa yang pembekal kandungan tawarkan.

    Pas sekali guna akan tamat pada hari ke 30 dan anda akan menerima notifikasi 3 hari sebelum ianya tamat. Jika anda ingin sambung, beli sahaja pas yang sama sekali lagi

    Pas pembaharuan automatik akan diperbaharui secara automatik selepas hari ke 30. Dan anda akan menerima notifikasi 3 hari sebelum ianya diperbaharui dan sebaik sahaja pembaharuan telah berjaya. Jika anda ingin membatalkannya, urus langganan anda menerusi portal Maxis Lifestyle.

  • Kami mohon maaf pas ini hanya ditawarkan untuk pelanggan Maxis dan Hotlink sahaja* buat masa sekarang. Layari www.maxis.com.my untuk ketahui lebih lanjut tentang pakej kami, jadi anda boleh melanggan Maxis Lifestyle.

    *Jika anda pelanggan Maxis Home Fibre sahaja, anda tidak boleh untuk melanggan Maxis Lifestyle.

  • Kami mohon maaf buat masa sekarang anda hanya boleh bayar dengan Maxis/Hotlink.

  • Anda boleh membeli pas pelbagai daripada pembekal berbeza tapi bukan daripada pembekal kandungan yang sama. Membeli pas daripada pembekal kandungan yang sama adalah tidak dibenarkan.

  • Super Streamer Passes - akan dikeluarkan daripada tambahan data tanpa had digunakan secara spesifik untuk strim kandungan-(kandungan) berkaitan sahaja.

    Penggunaan data daripada mana-mana pas akan digunakan daripada kuota kadar pelan asas anda, atau tambahan kuota diberikan oleh pas-pas. Jika tambahan kuota diberikan dengan pas strim, kemudiannya penggunaan data akan dikeluarkan daripada kuota tambahan diikuti oleh kuota daripada pelan anda. 

Tonton di mana jua, setiap masa dengan Maxis TV

Perlu menghubungi kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink