Soalan Lazim

Pertukaran ID Pengirim SMS Maxis & Hotlink

  • Bermula 21 Jan 2026:

    • 🔢 SMS dengan Pengirim ID "Maxis" akan dipaparkan sebagai "80XXX MAXIS" (cth., 8100 MAXIS).
    • 🔢 SMS dengan Pengirim ID "Hotlink" atau "Hotlink Gift" akan dipaparkan sebagai "80XXX HLINK" (cth., 80100 HLINK).
    • 🔢 Mesej daripada kod pendek yang lain (cth., 6XXXX, 2XXXX) kekal seperti asal.

     

    Mesej anda tidak berubah – hanya cara ia dipaparkan dalam peti masuk anda. Anda masih akan menerima pemberitahuan dan tawaran yang sama.

  • Langkah kerajaan (MCMC) ini bertujuan untuk:

    • ✅ Menghalang mesej palsu yang menyamar sebagai Maxis/Hotlink
    • ✅ Memudahkan pengecaman mesej sebenar
    • ✅ Melindungi anda daripada penipuan SMS
  • Hanya nama pengirim yang berubah:

    • 📬 Pemberitahuan akaun yang sama (bil, penggunaan data)
    • 💌 Promosi dan tawaran yang sama
    • ⏱️ Kekerapan mesej yang sama


    Kandungan mesej tidak berubah.

  • Untuk mesej daripada pengirim "80XXX MAXIS" atau "80XXX HLINK":

    • Sahkan nama pengirim termasuk nombor + "MAXIS" (cth., 80200 MAXIS) or nombor + "HLINK" (cth., 80300 HLINK).


    Untuk mesej daripada kod pendek yang lain (cth., 6XXXX, 2XXXX):

    • Sahkan pengirim sepadan dengan ID angka yang sepatutnya untuk perhidmatan rasmi Maxis/Hotlink.


    Mesej sebenar TIDAK AKAN:

    • ❌ Meminta kata laluan atau nombor kad pengenalan penuh anda
    • ❌ Menuntut bayaran segera melalui pautan tidak rasmi
    • ❌ Mengugut untuk memutuskan sambungan dengan segera
  • Jika anda menerima mesej yang mendakwa sebagai kami tetapi dengan nama pengirim yang berbeza:

    1. 🛑 JANGAN klik pautan atau membalas mesej
    2. 📲 Hantarkan ke hotline penipuan MCMC: 15888
    3. 📞 Laporkan kepada Maxis

Perlu menghubungi kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink