Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Mei 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Mei 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kemas Kini Penting: Tukar ke Terma Syarat Am Perkhidmatan - Pengguna Hotlink. Ketahui Lebih Lanjut.

Pengguna Hotlink: Terma & Syarat Dikemaskini. Ketahui Lebih.

Soalan Lazim

Hotlink Postpaid 60 dengan Internet Kediaman - Umum

  • Hotlink Postpaid 60 dengan Internet Kediaman membolehkan anda menggabungkan pelan mudah alih Hotlink Postpaid 60 dengan Internet Kediaman, sama ada Home Fibre untuk SEBARANG pelan Maxis Fibre (RM89 ke atas) ATAU dengan Maxis Home 4G WiFi. Anda juga dapat nikmati manfaat berikut:

    • 2 kali ganda (2X) data mudah alih untuk pelan Hotlink Postpaid 50 anda
    • Tawaran telefon pintar dan peranti kediaman TERKINI daripada RM1
  • Hotlink Postpaid 60 dengan Internet Kediamana menawarkan 2X data mudah alih dan data tanpa had untuk sambungan di rumah.

    • Untuk talian mudah alih: anda boleh nikmati 60GB Data Sepanjang Hari untuk talian mudah alih.
    • Untuk pelan Maxis Fibre atau Maxis Home 4G WiFi: anda boleh nikmatI data tanpa had untuk sambungan di rumah.
       

    Nota:

    • Untuk memastikan pengalaman lebih baik bagi semua pengguna, penggunaan data yang berlebihan adalah tertakluk kepada Dasar Penggunaan Adil.
    • Untuk ketahui lebih lanjut mengenai Dasar Penggunaan Adil (FUP) untuk semua perkhidmatan, klik SINI.
    • Untuk info lebih lanjut mengenai pelan Maxis Home 4G WiFi, klik SINI.
  • Untuk Hotlink Postpaid 60 dengan Internet Kediaman, tiada kontrak untuk talian mudah alih sekiranya anda mendaftar talian sahaja.
    Untuk Maxis Fibre, terdapat 24 kontrak untuk fiber kediaman. Sila rujuk SINI untuk info lebih lanjut dan tawaran untuk pelan ini.
    Untuk Maxis Home 4G WiFi, tiada kontrak untuk talian mudah alih sekiranya anda mendaftar talian sahaja. Sila rujuk  SINI untuk info lebih lanjut dan tawaran untuk pelan ini.

     

  • Sekiranya anda bukan pelanggan Maxis sedia ada, anda hendakah berumur 18 tahun ke atas dan memenuhi syarat-syarat kami:

    • Untuk rakyat Malaysia dengan Kad Pengenalan: Bayaran pendahuluan selama satu bulan pelan komitmen mudah alih anda dikenakan.
    • Untuk warga asing: Deposit RM150 dikenakan untuk talian mudah alih dan RM500 untuk talian jalur lebar kediaman.
  • Sekiranya anda mempunyai Maxis Fibre, kami mencadangkan anda mendaftar pelan pakej Maxis Unlimited Postpaid & Fibre. Ia dilengkapi dengan Data Mudah Alih Tanpa Had dan pelbagai jenis Peranti Premium dan Peranti Kediaman daripada RM1/bln. Layari https://www.maxis.com.my/en/broadband/maxis-fibre/ untuk mendaftarkan minat anda.

  • Anda boleh mendaftar talian baharu untuk Hotlink Postpaid 60 dengan Internet Kediaman (pelan Maxis Fibre/ Maxis Home 4G WiFi).

  • Semua pelanggan Hotlink layak untuk pelan ini.

  • Ya, anda boleh menukar Hotlink Postpaid & Fibre 99 sedia ada anda untuk mendapatkan lebih manfaat untuk pakej baharu ini.

  • Anda boleh mendaftar pelan Maxis Fibre yang ditawarkan untuk Hotlink Postpaid 60 dengan Internet Kediaman. Namun, Maxis berhak untuk mengubah pelan/pakej anda ke Maxis Business Fibre sekiranya perkhidmatan fiber tersebut digunakan untuk tujuan perniagaan.

  • Sila hubungi kami dan kami sedia membantu anda.

  • Anda akan menerima SATU bil dengan caj untuk mudah alih dan Internet Kediaman. Sekiranya anda telah menukar dari pelan Hotlink Postpaid sedia ada, bayaran langganan pelan sebelum dan semasa akan diprorata.

  • Anda boleh menukar pelan kadar fiber anda pada bila-bila masa selepas langganan sekiranya anda tidak dikontrakkan untuk sebarang Peranti Kediaman.
    Untuk info lebih lanjut mengenai pelan Maxis Fibre, rujuk SINI.

  • Anda boleh menguruskan pembayaran, bil dan data dengan mudah menerusi aplikasi Hotlink Postpaid.
    Hanya muat turun aplikasi Hotlink Postpaid di Apple App Store atau Google Play dan daftar untuk mendapatkan Maxis ID untuk log masuk.

  • Untuk menamatkan atau port out talian mudah alih anda, anda hendaklah keluar dari pakej perkhidmatan terlebih dahulu.
    Untuk keluar dari pakej:

    • Hotlink Postpaid 60 dengan Internet Kediaman anda akan ditukarkan ke pelan setaraf, Hotlink Postpaid 60 dengan peruntukan data standard.
    • Maxis Fibre/ Maxis Home 4G WiFi anda diperlukan untuk menukar ke akaun baharu dengan Maxis dan anda perlu memuat turun aplikasi Maxis untuk menguruskan akaun, data dan pembayaran Maxis Fibre/ Maxis Home 4G WiFi anda.

Ingin maklumat lanjut mengenai pelan Hotlink?

Perlu menghubungi kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink