Soalan Lazim

Hotlink Travel Sim

Umum

  • Hotlink Travel Pass menawarkan data berkelajuan tinggi sebanyak 40GB, 100GB atau 400GB yang boleh digunakan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand. Pas ini turut disertakan dengan panggilan domestik tanpa had PERCUMA (dalam Malaysia) serta hotspot. Anda boleh memilih daripada tiga pilihan Hotlink Travel Pass berikut:

    1. RM25 dengan tempoh sah 7 hari
    2. RM35 dengan tempoh sah 15 hari
    3. RM64 dengan tempoh sah 30 hari
  • Anda boleh membeli Hotlink Travel Pack di lokasi berikut:

    Maxis Centre KLIA 2
    Maxis Centre JB-1 Centre Danga Bay
    Maxis Centre KLCC
    Maxis Centre KLIA
    Maxis Centre Langkawi International Airport (LIA)
    Maxis Centre AEON Bandaraya Melaka
    Maxis Centre NU Sentral
    Maxis Centre Penang International Airport (PIA)
    Maxis Centre Sunway Pyramid
    Maxis Centre Suria Sabah
    Maxis Centre The Exchange TRX

  • Pelan Hotlink Travel hanya ditawarkan bersama Pek Hotlink Traveller bagi memberikan pengalaman perjalanan yang lebih baik. Penukaran daripada pelan Hotlink yang lain kepada Pelan Hotlink Travel tidak dibenarkan.

  • Anda akan menikmati kadar rata 30 sen bagi setiap 60 saat untuk panggilan ke semua rangkaian tempatan dan 15 sen bagi setiap SMS ke semua rangkaian tempatan.

  • Untuk menguruskan akaun anda dengan mudah serta menikmati pelbagai ganjaran yang ditawarkan, muat turun aplikasi Hotlink melalui Google Play atau Apple App Store. Sebagai alternatif, anda juga boleh mendail *100# untuk menguruskan akaun anda.

  • Pek Hotlink Travel menawarkan tempoh aktif selama 7 hari, 15 hari atau 30 hari selepas diaktifkan, bergantung pada pas data pramuat yang disertakan. Selepas tempoh sah pas data pramuat anda tamat, anda akan menikmati tempoh tenggang selama 15 hari (juga dikenali sebagai tempoh tidak aktif).

  • Semasa tempoh tidak aktif, anda masih boleh menerima panggilan masuk dan SMS. Untuk membuat panggilan keluar, menghantar SMS atau melayari internet, anda perlu melakukan tambah nilai. Bagi mengelakkan akaun ditamatkan dan nombor telefon anda luput, sila lakukan tambah nilai sebelum tempoh tidak aktif berakhir untuk memastikan talian Hotlink anda kekal aktif.

  • Baki kredit anda yang tidak digunakan akan dibekukan sepanjang tempoh tidak aktif, dan anda hanya boleh menerima panggilan masuk serta SMS. Apabila anda melakukan tambah nilai yang seterusnya, baki kredit yang dibekukan akan digabungkan dengan jumlah tambah nilai baharu anda.

  • Semasa tempoh tidak aktif, anda tidak akan dapat menggunakan baki kuota daripada pas internet anda. Lakukan tambah nilai untuk terus menggunakan pas internet anda.

  • Bagi panggilan suara, SMS, pemindahan panggilan dan pemajuan panggilan semasa perayauan, kadar caj perayauan standard akan dikenakan bagi perkhidmatan-perkhidmatan ini. Klik DI SINI untuk melihat kadar caj.

  • Pas data yang disertakan dalam pakej ini hanya boleh digunakan di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia. Bagi negara lain, anda boleh membeli pas perayauan antarabangsa Hotlink untuk terus kekal berhubung. Klik DI SINI untuk maklumat lanjut.

Pas Internet

  •  No. Pas Internet Kuota Kuota Panggilan Suara Harga (RM)
    Tempoh Sah (hari)  Hotspot
    1

    Kelajuan tanpa batas

    Internet tanpa had di Malaysia, Singapura, Thailand, dan Indonesia

    Siaran Langsung Sukan percuma (Sooka)

    Panggilan tanpa had dalam Malaysia

    400GB Tanpa had di MY
    55 30 Ya
    2

    Tanpa had 48Mbps

    5G Tanpa Had Kelajuan pada Waktu Malam*

    200GB Tanpa had di MY 40 30 Ya
    3

    Kelajuan tanpa batas

    Internet tanpa had di Malaysia, Singapura, Thailand, dan Indonesia

    Panggilan tanpa had dalam Malaysia

    Tersedia dalam eSIM di dalam Hotlink App

    100GB Tanpa had di MY 30 15 Ya
    4

    Kelajuan tanpa batas

    Internet tanpa had di Malaysia, Singapura, Thailand, dan Indonesia

    Panggilan tanpa had dalam Malaysia

    40GB Tanpa had di MY 18 7 Ya
    5

    Tanpa had 6Mbps

    5G Tanpa Had Kelajuan pada Waktu Malam*

    20GB Tanpa had di MY 12 7 Ya
  • Anda boleh menikmati 5G dengan pelan ini sekiranya anda memenuhi semua syarat berikut:

    • Menggunakan peranti yang menyokong 5G.
    • Mempunyai SIM 4G LTE (untuk menyemak, hanya dail *100*6*1*4# pada telefon anda).
    • Mengaktifkan tetapan 5G pada peranti anda.
    • Berada dalam kawasan liputan 5G.
  • Muat turun aplikasi Hotlink melalui Google Play atau Apple App Store untuk membeli dan mengurus semua pas internet. Sebagai alternatif, anda juga boleh mendail *100#.

  • Tiada had kuota bagi Pas Internet Tanpa Had. Anda akan menikmati internet berkelajuan tinggi, dan apabila had Dasar Penggunaan Saksama (FUP) dicapai, kelajuan internet anda akan dikurangkan.

  • Akaun atau SIM anda mestilah berada dalam status aktif untuk menggunakan sebarang perkhidmatan seperti panggilan keluar, SMS atau melayari internet. Anda boleh menggunakan semula baki kuota anda selepas melakukan tambah nilai.

  • Pas Internet Tanpa Had yang menawarkan kelajuan lebih tinggi akan diberi keutamaan.

    Sebagai contoh, jika anda mempunyai Pas Internet dan Panggilan Tanpa Had (6Mbps) selama 30 hari dan kemudian membeli Pas Internet dan Panggilan Tanpa Had (12Mbps) selama 30 hari, kelajuan internet anda akan dinaik taraf kepada 12Mbps berbanding 6Mbps.

  • Tidak. Pas Internet Tanpa Had ialah pas sekali langgan.

  • Panggilan tanpa had merangkumi panggilan ke talian tetap domestik, talian mudah alih, nombor kecemasan dan nombor 1800 di Malaysia. Caj mungkin dikenakan bagi panggilan ke nombor khas seperti 1300, 121 dan 20018.

  • Anda boleh membeli Hotlink Travel Pass atau Data Roam Pass tambahan melalui aplikasi Hotlink untuk terus menikmati internet berkelajuan tinggi.

  • Hotlink Travel SIM menawarkan pelan data antarabangsa pada harga tetap untuk kegunaan di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia. Pelan ini didatangkan dengan 40GB (7 hari), 100GB (15 hari) atau 400GB (30 hari) data berkelajuan tinggi, termasuk hotspot dan panggilan tanpa had dalam Malaysia. Ia menyediakan penyelesaian internet perjalanan yang mudah untuk digunakan di pelbagai negara tanpa caj perayauan.

  • Hotlink Travel SIM menawarkan pilihan SIM pelancong yang berpatutan bermula dari RM25 untuk 40GB (7 hari), RM35 untuk 100GB (15 hari) atau RM64 untuk 400GB (30 hari). Semua pelan ini menawarkan data berkelajuan tinggi yang boleh digunakan di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia, serta disertakan dengan hotspot dan panggilan tanpa had dalam Malaysia. Bagi pengguna jangka pendek, anda juga boleh memilih pas mingguan bermula dari RM25.

Perlu menghubungi kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink