Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Mei 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Mei 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kemas Kini Penting: Tukar ke Terma Syarat Am Perkhidmatan - Pengguna Hotlink. Ketahui Lebih Lanjut.

Pengguna Hotlink: Terma & Syarat Dikemaskini. Ketahui Lebih.

Soalan Lazim

Pembayaran Bil

  • Anda boleh membayar bil Hotlink Pascabayar secara online di: 

     

    Daftar dengan perkhidmatan debit terus melalui aplikasi Hotlink atau portal layan diri Hotlink.

  • Ya, anda boleh bayar melalui JomPay. Kod Pengebil kami ialah 1123

  • Saluran pembayaran fizikal yang sedia ada ialah:

    • Kios Layan Diri di kedai Maxis terpilih
    • Kios Stesen Minyak dan kedai runcit dengan e-Pay
    • Pos Malaysia
  • Kami menerima pembayaran secara tunai, kad kredit atau debit dan perbankan online.

  • Anda boleh menyemak di aplikasi Hotlink atau portal layan diri Hotlink, hanya pergi ke 'Bil', tap pada akaun anda, pilih 'Terdahulu' untuk lihat 3 pembayaran terakhir anda.

  • Sila hubungi kami dan sertakan butiran pembayaran.

  • Di Maxis, aplikasi kami (Maxis app, aplikasi Hotlink), portal layan diri (Maxis Care dan Portal Layan Diri Hotlink) dan semua kedai kami menerima pembayaran melalui Visa atau Master; kad kredit atau debit daripada bank tempatan.

    Kad daripada bank luar negara tidak diterima.

  • Portal kami selamat untuk anda. Bagi melindungi maklumat anda semasa transaksi, kami menggunakan perisian Secure Sockets Layer (SSL) yang menyulitkan maklumat yang dimasukkan. Pelokasi Sumber Seragam (URL) yang mempunyai perlindungan SSL akan bermula dengan "https".

    Malah, setiap kad kredit atau debit yang didaftarkan akan disimpan di pusat data diperakui PCI-DSS. PCI-DSS merupakan standard tertinggi perkhidmatan pembayaran antarabangsa dan digunakan oleh bank dan institusi perbankan antarabangsa.  

  • Anda perlu menjadi pemilik kad kredit atau debit tersebut untuk menerima dan memohon pengesahan TAC pembayaran anda.

  • Caj RM1 itu adalah untuk mengesahkan bahawa anda adalah pemegang kad yang sah & kad kredit atau debit anda masih aktif.

    Bagi kad kredit, jumlah tersebut tidak dicaj ke kad anda dan tidak akan dinyatakan di dalam bil anda.

    Bagi kad debit, jumlah tersebut akan ditolak tetapi jumlah RM1 tersebut akan dipulangkan semula dalam masa dua minggu.

  • Setelah selesai pembayaran, anda akan menerima SMS dan e-mel pengesahan. Anda juga boleh menyemak di aplikasi Hotlink atau Portal Layan Diri Hotlink hanya pergi ke 'Bil', tap pada akaun anda, pilih 'Terdahulu' untuk lihat 3 pembayaran terakhir anda.

  • Di aplikasi Hotlink atau Portal Layan Diri Hotlink, hanya pergi ke 'Bil', tap pada akaun anda, pilih 'Terdahulu' untuk lihat 3 pembayaran terakhir anda.

    Sila hubungi kami jika pembayaran anda tidak tersenarai.

  • Bagi aplikasi Hotlink, pergi ke 'Saya' dan pilih 'Cara Pembayaran'

    Bagi Portal Layan Diri Hotlink, hanya pilih akaun anda, tap pada Profil dan pilih 'Cara Pembayaran'

Perlu menghubungi kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink