Soalan Lazim
eSIM Hotlink Prepaid
-
Jika telefon anda menyokong eSIM, berikut adalah cara untuk mengaktifkan talian Hotlink Prepaid baharu dengan eSIM:-
- Melalui aplikasi Hotlink: Klik "Dapatkan eSIM Prepaid BAHARU" dan ikut arahan yang dipaparkan. Setelah pendaftaran berjaya, anda boleh muat turun profil eSIM secara terus melalui aplikasi atau melalui pautan yang dihantar ke e-mel anda.
- Di Pusat Maxis: Anda boleh dapatkan kit pengaktifan eSIM di mana-mana Pusat Maxis. Kit tersebut mengandungi kad berserta kod QR yang perlu diimbas untuk set semula eSIM anda.
-
Ya, anda boleh tukar SIM biasa kepada eSIM jika peranti anda serasi. Untuk membuat pertukaran ini, sila kunjungi mana-mana Pusat Maxis untuk bantuan lanjut.
-
Jangan risau! Ini adalah cara untuk pulihkan eSIM anda:
Jika anda masih mempunyai kit asal eSIM:
➔ Imbas semula kod QR pada kad tersebut untuk pasang semula profil eSIM anda dengan serta-merta.
Jika anda kehilangan kit:
➔ Kunjungi mana-mana Pusat Maxis untuk dapatkan bantuan. Caj penggantian SIM standard mungkin akan dikenakan untuk eSIM baharu. -
Semak alamat e-mel yang anda berikan semasa pendaftaran. Kami telah menghantar panduan pemasangan manual ke e-mel tersebut. Sila ikut arahan dalam e-mel untuk selesaikan proses pemasangan. Jika masalah berterusan, anda perlu ke Pusat Maxis untuk bantuan lanjut.
Perlu menghubungi kami?
Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink