Hotlink Online Store kini dibuka sepanjang masa! Klik untuk peranti terkini & PENGHANTARAN PERCUMA.

Hotlink Online Store buka 24 jam. PENGHANTARAN PERCUMA!

Akses semua keperluan prabayar anda dengan Hotlink Self Serve Portal. Klik

Akses keperluan anda dengan Self Serve Portal

di sini

Soalan Lazim

Kredit Hotlink & Maxis Direct Billing - Tetapan (dikemas kini pada 11 Oktober 2021)

    1. Buka aplikasi Google Play Store. (pastikan anda telah log masuk)
    2. Periksa sama ada WiFi telah ditutup, dan anda sedang menggunakan rangkaian Maxis/Hotlink 3G/4G dan SMS telah diaktifkan.
    3. Pergi ke Menu   > Account > Add payment method > Bill my Maxis/Hotlink Account
    4. Cara pembayaran baru kini ditambah ke akaun Google anda.
    5. Selesai. Lancarkan mana-mana aplikasi dan mulakan membeli-belah dalam aplikasi, atau langgan aplikasi di Google Play Store.
  • Tidak, langkah ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja sebelum melakukan pembelian pertama.

  • Untuk menetapkan kata laluan:

    1. Pergi ke aplikasi Google Play Store pada peranti mudah alih anda
    2. Pergi ke ikon Menu > Setting
    3. Pilih ‘Require authentication for purchases’ dan pilih ‘For all purchases through Google Play on this device’
    4. Lengkapkan tetapan dengan kata laluan anda. 


    Anda dinasihatkan untuk menggunakan kata laluan di Google Play Store kerana Maxis tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang pembelian yang tidak disengajakan / tidak diingini dan dicaj kepada akaun Hotlink anda.

  • Untuk pelanggan Pascabayar, pembelian anda akan dicaj ke dalam pusingan bil yang seterusnya. Untuk pelanggan Prabayar, pembelian akan menggunakan kredit sedia ada anda.

    • Untuk pelanggan Pascabayar, had pembelian ialah RM500/sebulan (untuk talian dengan tempoh 4 bulan dan ke atas) dan bagi pembelian menerusi Direct Carrier Billing. Jika anda ingin menambah had pembelian, anda boleh mengurusnya menerusi Maxis Care. Bagi talian dengan tempoh kurang daripada 4 bulan, had pembelian ditetapkan pada RM55/bulan dan tiada perubahan had perbelanjaan dibenarkan. Untuk pelanggan talian tambahan, had pembelian anda hanya boleh diubah oleh pemegang akaun utama.
    • Untuk pelanggan Prabayar, had pembelian adalah RM5000/bulan bagi pembelian menerusi Direct Carrier Billing asalkan anda memiliki kredit Hotlink yang mencukupi.
    • Kami memiliki hak mutlak dan budi bicara untuk mengubah terma dan syarat dari masa ke semasa, dan bagi kes ini, had pembelian yang telah digubal akan tertera dalam Soalan Lazim berkaitan.
  • Ya, anda dan pemegang akaun utama (jika ada) akan menerima SMS makluman setelah pembayaran dibuat. Anda juga akan menerima e-mel pengesahan daripada Google, atau periksa penyata pembelian dalam Google Wallet anda.

  • Jika anda mengalami masalah yang sama, sila ikuti seting berikut:

    1. Pastikan semua data saver telah ditutup (telefon & setting chrome)
    2. Pada seting telefon anda, cari Apps > Google Play Services > Storage > Clear data & clear cache. Lakukan yang sama untuk Apps > Google Play Store.
    3. Pastikan juga pilihan permission dibenarkan di bawah Apps > Google Play Services > Permissions. Lakukan yang sama untuk Apps > Google Play Store. Jika langkah di atas masih tidak dapat menyelesaikan isu pengesahan anda, sila hubungi Google Customer Care Hotline.

Ada sebarang pertanyaan tentang perkhidmatan kami?

Ingin berhubung dengan kami?

Cari jawapan di soalan-soalan lazim atau hubungi Khidmat Pelanggan Maxis melalui saluran berikut