Penyelenggaraan Berjadual Sistem Prabayar: Tambah nilai & pembelian pas akan tergendala dari 1 petang Sabtu, 18 April hingga 8 pagi Ahad, 19 April. Tambah nilai & beli pas anda lebih awal.

Top up & pas tergendala 1ptg, 18 April - 8pg, 19 April.

Ketahui lebih lanjut

Soalan Lazim

Naik Taraf Sistem Prabayar Hotlink

Mengenai Penyelenggaraan

  • Sistem prabayar kami akan dinaik taraf dari 1:00 PTG, Sabtu, 18 April hingga 8:00 PG, Ahad, 19 April.

  • Ya. Perkhidmatan mudah alih anda akan berfungsi seperti biasa. Anda masih boleh:

    • Membuat panggilan dan menghantar SMS.
    • Menggunakan data mudah alih (Internet).
    • Menggunakan perkhidmatan Panggilan IDD dan Perayauan Antarabangsa.


    Penting: 
    Anda perlu mempunyai kredit yang mencukupi atau pas yang aktif sebelum tempoh penyelenggaraan bermula. 

  • Semasa tempoh naik taraf, anda tidak akan dapat melakukan urus niaga berikut: 

    Akaun & Tambah Nilai: 

    • Tambah nilai (semua jenis, termasuk SOS) 
    • Semakan baki
    • Pemindahan kredit (iShare) 


    Internet & Pembelian: 

    • Membeli pas Internet atau Perayauan 
    • "Bayar dengan Hotlink" untuk kandungan digital dan langganan 


    Perubahan SIM & Pelan: 

    • Pendaftaran SIM/eSIM baharu 
    • Bertukar ke Hotlink (MNP) 
    • Menukar pelan (cth., Prabayar ke Pascabayar) 


    Saluran Layan Diri: 

Sebelum dan Semasa Penyelenggaraan

  • Untuk kekal berhubung tanpa gangguan, sila lakukan perkara berikut terlebih dahulu: 

    • Tambah nilai kredit anda. 
    • Beli sebarang pas Internet yang mungkin anda perlukan. 
    • Selesaikan sebarang urusan penukaran SIM atau pelan. 
  • Tidak. Pas aktif anda akan terus berfungsi sehingga tamat tempoh atau kuotanya habis digunakan.

  • Ia akan dijeda. Kami akan cuba memperbaharui pas anda secara automatik sebaik sahaja penyelenggaraan selesai.

  • Tidak. Semua urus niaga akan disekat semasa penyelenggaraan, jadi anda tidak akan dikenakan bayaran. Jika anda rasa anda telah dicaj secara tidak sengaja, sila hubungi kami selepas penyelenggaraan selesai. 

Selepas Penyelenggaraan

  • Mesej penyelenggaraan pada aplikasi dan laman web Hotlink akan hilang. Anda juga boleh cuba untuk menambah nilai atau menyemak baki anda untuk pengesahan.

  • Sila cuba tarik skrin ke bawah untuk muat semula (refresh) aplikasi. Jika tidak berjaya, sila tutup sepenuhnya dan buka semula aplikasi tersebut. 

  • Sila kemas kini aplikasi Hotlink anda ke versi terkini dari App Store. Fungsi ini memerlukan versi aplikasi yang terbaharu untuk berfungsi dengan betul.

  • Ini boleh berlaku jika talian Hotlink prabayar anda ditetapkan sebagai perkhidmatan utama (default). Sila tukar perkhidmatan lalai dalam aplikasi kepada talian Pascabayar (Postpaid) anda untuk terus menggunakannya semasa tempoh penyelenggaraan.

Perlu menghubungi kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink