Hotlink Online Store kini dibuka sepanjang masa! Klik untuk peranti terkini & PENGHANTARAN PERCUMA.

Hotlink Online Store buka 24 jam. PENGHANTARAN PERCUMA!

Akses semua keperluan prabayar anda dengan Hotlink Self Serve Portal. Klik

Akses keperluan anda dengan Self Serve Portal

di sini

Soalan Lazim

Perkhidmatan Sekatan Telefon Bimbit Awam - Perkhidmatan Sekatan

  • PCBS bermaksud Public Cellular Blocking Service, sebuah inisiatif kerajaan untuk membenarkan telefon bimbit yang dicuri atau hilang disekat di Malaysia.

  • Setelah telefon bimbit tersebut dilaporkan dicuri atau hilang, telefon tersebut akan disekat oleh segala rangkaian seluruh negara walaupun kad SIM telah ditukar.

  • Pelanggan tidak perlu daftar untuk perkhidmatan ini. Ianya disediakan untuk semua pelanggan dan dibayar oleh pengendali rangkaian.

    • PCBS menggunakan nombor International Mobile Equipment Identity (IMEI) daripada telefon bimbit tersebut untuk menyekat atau membuka akses penggunaan telefon bimbit yang dicuri atau hilang.
    • Untuk menyekat atau membuka akses penggunaan telefon bimbit, anda perlu memohon melalui kami.
    • Setelah arahan diterima untuk menyekat atau membuka akses penggunaan, kami akan melakukan langkah-langkah berpatutan untuk melaksanakan proses tersebut.
  • Semua telefon bimbit GSM mempunyai nombor identiti unik yang dikenali sebagai IMEI yang mempunyai 15 digit kod unik.

  • Nombor IMEI selalunya boleh didapati di ruangan bateri telefon atau di kotak original telefon tersebut. Nombor itu juga boleh dilihat menerusi kebanyakan skrin telefon bimbit GSM dengan menghubungi *#6#. Dalam kebanyakan kes, anda tidak perlu menyediakan nombor IMEI kepada kami untuk melaporkan tentang kecurian atau kehilangan telefon, anda dinasihati untuk menulis nombor IMEI dan simpan di tempat yang selamat untuk melaporkan kecurian dan kehilangan telefon bimbit anda.

  • Nombor IMEI akan disimpan secara automatik di dalam sistem Maxis.

    Walaubagaimanapun, pengguna dinasihati mendaftarkan maklumat pemilik terlebih dahulu di portal www.blockmyphone.my untuk menambah peluang menemui telefon bimbit anda yang hilang jika ianya ditemui oleh pihak berkuasa atau pihak ketiga yang dipercayai seperti bahagian "Lost and Found" syarikat pengangkutan awam, pusat membeli-belah dan lain-lain.

  • Ya, pendaftaran pemilikan secara online ini ialah cara mudah dan efektif yang disediakan secara percuma untuk rakyat Malaysia.

  • Kes berikut akan terjadi kerana beberapa faktor.

    • Nombor IMEI yang sama boleh didapati di peranti lain. Ini akan terjadi daripada telefon bimbit yang tidak disahkan oleh pengilang kecil. Walaubagaimanapun, kes ini sangat jarang berlaku walau di peringkat antarabangsa dengan jumlah telefon bimbit yang dicipta di serata dunia.
    • Pengguna lain mungkin mengalami kesilapan mendaftarkan peranti mereka menggunakan nombor anda tanpa sengaja.
    • Nombor tersebut didaftarkan oleh pengguna sebelumnya yang telah menjual atau memberikannya kepada orang lain.


    Untuk sebarang kes berkaitan, portal www.blockmyphone.my akan memberitahu pengguna bahawa nombor IMEI/telefon bimbit mereka telah didaftarkan oleh pengguna lain.

    Notifikasi ini bertujuan untuk memaklumkan kepada anda dan pendaftar masih boleh meneruskan pendaftaran untuk peranti mereka.

  • Anda boleh membuang maklumat telefon bimbit tersebut di portal www.blockmyphone.my dan memastikan rekod anda sentiasa dikemas kini, termasuklah butiran telefon bimbit baharu anda. Pastikan anda pembeli atau penerima telefon bimbit mendaftarkan butiran mereka di www.blockmyphone.my supaya mereka boleh menikmati faedah perkhidmatan percuma ini.

  • Ya, portal www.blockmyphone.my dilengkapi fungsi yang boleh digunakan pengguna untuk mengemaskini status telefon bimbit mereka ke dicuri atau hilang serta merta. Proses ini tidak akan menyekat peranti telefon anda.

    Proses ini tidak akan menyekat penggunaan telefon bimbit anda.

    Bagi memastikan SIM telefon bimbit dan peranti anda disekat oleh semua rangkaian di Malaysia, anda perlu melaporkan kecurian atau kehilangan kepada kami dan juga pihak polis, jika kes ini berkaitan dengan jenayah. Anda perlu memohon daripada kami untuk menyekat telefon anda.

    • Terus laporkan kepada kami terlebih dahulu untuk menyekat kad SIM dan mohon untuk menyekat telefon bimbit.
    • Jika kes ini berkaitan dengan jenayah, sila laporkan kepada polis serta merta dan pastikan nombor IMEI disertakan di dalam laporan polis tersebut.
    • Jika anda telah mendaftarkan butiran pemilik di portal www.blockmyphone.my , pastikan anda mengemaskini status telefon anda ke dicuri/hilang.
    • Hubungi kami dan mohon untuk membuka akses penggunaan telefon bimbit anda.
    • Kemas kini butiran anda di www.blockmyphone.my untuk menghilangkan status peranti dicuri/hilang.
  • Tidak, perkhidmatan ini percuma untuk digunakan oleh semua pengguna.

  • Bagi sesetengah kes yang jarang berlaku, seperti pengklonan IMEI atau jika diarahkan oleh pihak berkuasa; PCBS boleh memilih untuk tidak menyekat peranti mudah alih walaupun ia telah dilaporkan sebagai dicuri atau hilang.

  • Buat masa kini tiada jangka masa yang tepat untuk proses penyekatan atau pembukaan akses penggunaan telefon bimbit kerana ia melibat pelbagai jenis pihak.

  • Sebaik sahaja pengguna melaporkan telefon mereka dicuri atau hilang, kad SIM mereka akan dinyahaktifkan untuk menghalang sebarang panggilan yang akan dicaj ke akaun pengguna. Proses ini tidak sama seperti menyekat peranti telefon bimbit tersebut. Oleh itu, pengguna harus memastikan kad SIM anda disekat terlebih dahulu apabila telefon anda dicuri atau hilang.

  • Tidak, apabila disekat, telefon bimbit tersebut akan terus disekat sehingga permohonan pembukaan akses yang sah dilakukan.

Ingin berhubung dengan kami?

Cari jawapan di soalan-soalan lazim atau hubungi Khidmat Pelanggan Maxis melalui saluran berikut