Jaringan Prihatin | Tebus subsidi sehingga RM300 dengan Maxis & Hotlink + 60GB/bln PERCUMA sekarang!

Jaringan Prihatin | Subsidi sehingga RM300 + 60GB/bln

Aktifkan Maxis VoLTE untuk nikmati kualiti panggilan sebenar! Langkah dan info terperinci

VoLTE, kualiti panggilan suara sebenar! Info

di sini.

Akses semua keperluan prabayar anda dengan Hotlink Self Serve Portal. Klik

Akses keperluan anda dengan Self Serve Portal

di sini

Bertukar Kepada Hotlink - Umum

 

Apakah tukar ke Hotlink?

Tukar ke Hotlink atau Mobile Number Portability (MNP) membenarkan anda menukar ke operator perkhidmatan mudah alih yang baharu, sambil mengekalkan nombor telefon bimbit anda yang sedia ada.

 

Adakah saya harus menamatkan talian dengan perkhidmatan mudah alih saya sekarang sebelum menukar ke Hotlink?

Jangan batalkan talian dengan perkhidmatan semasa anda sebelum bertukar ke Hotlink kerana ini akan menghalang anda untuk menyimpan nombor lama anda.

Hanya nombor aktif boleh bertukar ke perkhidmatan mudah alih yang baharu. Untuk bertukar ke Hotlink, sila kunjungi Pusat Maxis, kedai Hotlink atau Hotlink Online Store 


Di mana saya boleh bertukar ke Hotlink?

Anda boleh bertukar ke Hotlink di:

  • Hotlink Postpaid: Pusat Maxis, kedai Hotlink atau Hotlink Online Store (hanya untuk pendaftaran talian, tanpa kontrak telefon bimbit) 
  • Hotlink Prepaid: Pusat Maxis, kedai Hotlink atau Hotlink Online Store


Apa yang perlu saya lakukan sebelum bertukar ke Hotlink?

  • Pastikan talian semasa anda kekal aktif sehingga proses pertukaran selesai.
  • Anda perlu menyelesaikan sebarang bil tertunggak atau tanggungjawab kontrak dengan operator perkhidmatan mudah alih anda sekarang.
  • Pastikan ID (NRIC/Pasport) yang anda gunakan untuk mendaftar dengan perkhidmatan mudah alih anda sekarang sama dengan semasa anda  mendaftar dengan Hotlink.


Berapakah caj untuk bertukar ke Hotlink?

Pertukaran ke Hotlink adalah percuma.


Adakah saya mendapat kad SIM yang baharu apabila bertukar ke Hotlink?

Anda akan mendapat kad SIM baru semasa pendaftaran; jika anda mendaftar dalam talian, SIM anda akan dikirim ke alamat anda. Sila masukkan kad SIM Hotlink ke telefon anda apabila anda menerima pengesahan dari perkhidmatan semasa anda bahawa perkhidmatan anda sekarang akan dihentikan.

 

Berapa lama masa yang diperlukan untuk bertukar ke perkhidmatan mudah alih yang baru?

Proses pertukaran memerlukan sehingga 2 hari bekerja untuk pendaftaran individu.

 

Bolehkah pertukaran ke Hotlink diuruskan oleh wakil?

Tidak. Pertukaran ke Hotlink hanya boleh dilakukan oleh pemilik berdaftar talian.

 

Bolehkah saya menukar nombor saya ke Hotlink Postpaid sekiranya saya pengguna prabayar dengan perkhidmatan mudah alih saya sekarang?

Ya, anda boleh bertukar ke mana-mana pascabayar atau prabayar dan sebaliknya.

 

Pertukaran ke Hotlink saya gagal, apa yang perlu saya buat?

Anda akan menerima SMS untuk memberitahu anda mengenai punca pertukaran gagal. Sekiranya anda memerlukan penjelasan lebih lanjut, hubungi kami di 1300-820-120.

 

Apa yang berlaku selepas saya menghantar permintaan untuk tukar ke Hotlink?

  • Setelah menghantar permintaan anda untuk tukar ke Hotlink, operator perkhidmatan mudah alih anda sekarang akan menghantar SMS pengesahan.
  • Pastikan anda mengikuti arahan SMS. Sila balas dengan kata kunci tepat sebelum tarikh luput yang dinyatakan. 
  • Setelah SIM perkhidmatan mudah alih anda sekarang tidak lagi berfungsi, sila tukar ke SIM Hotlink yang disediakan.