Ask-A-Top-Up & Share-A-Top-Up Dengan Hotlink
Kini nak minta atau hantar kredit dan masa bercakap lebih mudah!
Dengan Hotlink Ask-A-Top-Up atau Share-A-Top-Up, anda boleh minta atau hantar kredit mudah alih kepada keluarga atau rakan pada bila-bila masa dengan mengikuti langkah yang mudah.
Semua pelanggan aktif dan tidak aktif Hotlink (kecuali pelan Super IDD, pelan Tourist and Traveller’s pack) (tanpa mengira tempoh langganan) layak menjadi penerima perkhidmatan Ask-A-Top-Up. Pastikan penderma anda mempunyai tempoh langganan lebih dari 30 hari.
Jumlah minimum/ transaksi : RM1.00
Jumlah maksimum/ transaksi : RM100.00
Jumlah maksimum / harian: RM500.00 (untuk pemberi dan penerima)
Jumlah maksimum/ bulanan: RM500.00 (untuk pemberi dan penerima)