Kredit Hotlink & Maxis Direct Billing - Umum

 

Adakah terdapat cara untuk mengelakkan pembelian secara tidak sengaja atau tidak dibenarkan?

Ya, Google Play™ dilengkapi dengan ciri perlindungan kata laluan, yang memerlukan anda memasukkan kata laluan untuk setiap pembelian. Untuk penetapan, sila rujuk panduan dalam bahagian penetapan FAQ ini.

 

Bolehkah saya menutup fungsi pembayaran ini?

Ya, fungsi ini boleh dibuang di Google Wallet (https://wallet.google.com/manage) anda.

 

Bolehkah pembelian dilakukan untuk kandungan yang ditawarkan dalam mata wang selain RM, dengan Kredit Hotlink atau Maxis Direct Billing?

Maaf, pilihan tersebut tidak ditawarkan pada ketika ini.

 

Bolehkah pembelian dilakukan menggunakan sambungan WiFi?

Ya, untuk pembelian kedua dan selanjutnya. Pastikan kad SIM anda aktif dan boleh menghantar SMS ke 22099.

 

Apakah Kredit Hotlink atau Maxis Direct Billing?

Kredit Hotlink/Maxis Direct Billing merupakan perkhidmatan yang memudahkan para pelanggan Hotlink melakukan pembelian aplikasi atau dalam aplikasi di Google Play™, melalui potongan kredit masa bual Hotlink. Bagi pengguna pascabayar, caj akan dibilkan ke akaun Pascabayar Maxis.

 

Siapakah yang boleh menikmati menggunakan perkhidmatan Kredit Hotlink/Maxis Direct Billing?

Perkhidmatan ini boleh digunakan oleh semua pelanggan Prabayar Hotlink yang mempunyai baki kredit yang setara dengan harga pembelian. Semua pelanggan pascabayar, kecuali pelanggan Corporate & Wireless Broadband layak menggunakan perkhidmatan ini

 

Apakah yang boleh dibeli di Google Play™ dengan menggunakan Kredit Hotlink atau Maxis Direct Billing?

Perkhidmatan ini membolehkan anda membeli:

  • Aplikasi Android Berbayar
  • Pembelian dalam aplikasi
  • Google Play Movies
  • E-Books
  • Newsstand

Kandungan baharu mungkin akan ditambah, tertakluk kepada kebolehsediaan kawasan.

 

Di manakah saya boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai pembelian kandungan dalam Google Play™?

Ini adalah sebahagian daripada laman web yang boleh menjadi rujukan kepada anda: