Makluman: Notis Naik Taraf Sistem (16-18 Jun 2025).

Makluman: Notis Naik Taraf Sistem (16-18 Jun 2025).

Ketahui info lanjut.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna. Ketahui info lanjut.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek. Ketahui info lanjut. Ketahui Lebih.

Soalan Lazim

Kontrak Peranti Hotlink Postpaid

  • Kontrak Peranti Hotlink Postpaid menawarkan pilihan kepada pelanggan Hotlink Postpaid untuk memiliki telefon pintar terkini secara percuma atau pada harga yang jauh lebih rendah berbanding harga runcit disyorkan (HRD).

    Pelanggan boleh memilih daripada pelbagai model telefon dan menggabungkannya dengan pelan Hotlink Postpaid 70 dengan kontrak 12 atau 24 bulan. Model terpilih juga boleh didapati menerusi pelan Hotlink Postpaid 60.

  • Semua pengguna berumur 18 tahun dan ke atas sama ada:

    • Pelanggan baharu
    • Pelanggan alih masuk (port-in) daripada penyedia perkhidmatan telekomunikasi lain
    • Pelanggan Hotlink Postpaid sedia ada
    • Menaik taraf daripada Hotlink Prepaid kepada Hotlink Postpaid
  • Anda boleh mendaftar di mana-mana Kedai Maxis, pengedar Hotlink terpilih atau lebih mudah lagi, melalui Hotlink Online Store:

    • Kunjungi https://store.hotlink.com.my/
    • Pilih model telefon, pelan tarif dan tempoh kontrak yang anda inginkan, kemudian klik ‘Tambahkan ke Cart’.
    • Lengkapkan pengesahan melalui TAC dan klik ‘Semak Keluar’ untuk masukkan maklumat peribadi dan butiran penghantaran/kutipan.
    • Terima terma dan syarat, buat pembayaran dan selesai.
  • Berikut adalah bayaran yang anda perlu bayar apabila mendaftar untuk kontrak peranti dengan Hotlink Postpaid:

    1. Harga peranti / bayaran muka peranti.
    2. Bayaran pendahuluan peranti yang akan dikembalikan.
    3. Deposit sehingga RM150 untuk warga asing.
    • Harga Peranti: Pembayaran untuk telefon itu sendiri yang tidak akan dikembalikan. Jumlahnya berbeza, dengan pilihan sesetengah telefon serendah RM0.
    • Bayaran Pendahuluan Peranti: Deposit yang akan dikreditkan secara pengecualian bil bulanan sepanjang kontrak 12 atau 24 bulan anda.
    • Contoh:
    Telefon Pintar A dengan kontrak 24 bulan menerusi Hotlink Postpaid 70
      Jumlah Nota
    Harga Peranti RM 99 (sekali) Tiada pemulangan
    Bayaran Pendahuluan Peranti RM 240 (sekali) Pengecualian bil bulanan RM 10
    (RM240 ÷ 24 bulan)
     Bayaran Bulanan Pelan RM 60 / 24 bulan Pelan RM 70 – pengecualian bil RM 10
  • Ya, anda boleh mendaftar jika anda memenuhi polisi kredit kami dan mempunyai pasport yang sah. Anda mungkin akan dikenakan deposit, bergantung pada status pelanggan anda dengan Maxis. Promosi mungkin mempunyai terma dan syarat berbeza. Permohonan anda akan melalui proses semakan dan kelulusan.

  • Kontrak Peranti Hotlink Postpaid tertakluk kepada polisi Kontrak Peranti Maxis dan akan terikat dengan pelan Hotlink Postpaid 60 atau 70 untuk tempoh kontrak pilihan anda: 12, 24 atau 36 bulan.

    Jika anda menurun taraf kepada mana-mana pelan ini (Hotlink Prepaid, Hotlink Postpaid 30, 45, atau 60, Maxis Family Plan atau Maxis Postpaid Share 48) atau menamatkan pelan anda semasa kontrak, anda akan dikenakan Yuran Penamatan Awal (ETF) seperti berikut:

    Jumlah Penalti = [(Harga Runcit Disyorkan (HRD) – Kos Pendahuluan) x (Baki Bulan ÷ 12/24/36 bulan)] + RM 100

    • Nota: Tiada ETF akan dikenakan jika anda menaik taraf kepada Maxis Postpaid 79 atau lebih tinggi.

Ingin maklumat lanjut mengenai pelan Hotlink?

Perlu menghubungi kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink