Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna. Ketahui info lanjut.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek. Ketahui info lanjut. Ketahui Lebih.

Soalan Lazim

VoLTE

  • VoLTE adalah Voice over LTE, panggilan suara di rangkaian 4G. Dengan teknologi ini, kualiti suara panggilan berdefinisi tinggi (HD) di rangkaian Maxis

  • Dengan VoLTE, pelanggan dapat menikmati panggilan suara yang berkualiti tinggi, kualiti suara berdefinisi tinggi (HD). Panggilan akan disambungkan dengan lebih pantas dan lebih pendek. Anda juga dapat mengakses internet berkelajuan 4G semasa membuat panggilan.

  • Semua pelanggan Hotlink Postpaid dan Hotlink Prepaid yang menggunakan peranti yang menyokong VoLTE serta dengan versi sistem pengendalian terkini.

    1. Peranti anda harus menyokong Maxis VoLTE dan kemas kini sistem pengendalian telefon (iOS/Android) anda ke versi terkini.
    2. Berada di liputan rangkaian 4G.
    3. Anda telah mengaktifkan VoLTE di tetapan.
    4. Kad SIM anda ialah kad SIM LTE.
    1.  Semua iPhone 6S dan Apple Watch 3 ke atas dengan sistem pengendalian terkini.
    2. Beberapa peranti Android yang terpilih termasuk Samsung Galaxy Watch.
  • VoLTE akan diaktifkan secara automatik jika sistem pengendalian peranti anda telah dikemas kini ke versi terkini. Anda juga boleh mengikut *langkah-langkah untuk mengaktifkan secara manual di peranti anda: Tetapan > Rangkaian Mudah Alih > Data Mudah Alih > Aktifkan VoLTE

    *Langkah pengaktifan VoLTE mungkin berbeza mengikut model peranti.

    1.  Bagi pengguna iPhone, ikon di penjuru atas sebelah kiri di skrin anda akan kekal sebagai '4G' semasa anda membuat atau menerima panggilan telefon.
    2. Bagi pengguna Android, anda akan dapat melihat ikon VoLTE di penjuru atas sebelah kanan skrin semasa anda membuat atau menerima panggilan telefon.
  • Anda tidak perlu melanggan perkhidmatan baharu atau menukar pelan anda untuk menikmati VoLTE.

  • Anda tidak perlu menukar kad SIM untuk menikmati VoLTE jika SIM anda ialah SIM LTE.
    Bagi menyemak untuk memastikan SIM anda ialah SIM LTE:

    Hotlink Unlimited, sila dail *100*6*1*4##
    Hotlink Video atau Pantas, sila dail *100*6*1*5#
    Pelan lain, sila dail *100*6*1*6#

  • Tidak ada caj tambahan yang dikenakan untuk menikmati kualiti panggilan suara yang berkualiti tinggi ini.

  • Pelanggan Maxis & Hotlink boleh semak negara yang menyediakan VOLTE di sini.

  • Jika peranti anda menyokong VoLTE, anda akan dapat menikmati panggilan VoLTE semasa berada di dalam liputan rangkaian 4G walau hanya salah seorang daripada anda yang mengaktifkan VoLTE.

  • VoLTE bergantung kepada peranti serta rangkaian. Anda masih boleh menikmati VoLTE jika peranti baharu anda menyokong Maxis VoLTE.

  • Anda mungkin akan mengalami situasi seperti ini kerana anda berada di dalam bangunan dengan liputan rangkaian 4G yang lemah.

Perlu menghubungi kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink