Soalan Lazim

Pelan Hotlink Prepaid

Umum

  • Pek permulaan pelan Hotlink Prepaid berharga RM10 dan ia dilengkapi dengan kredit RM5. Selepas SIM diaktifkan, pelan ini memberi anda 5 hari aktif dan 30 hari tidak aktif.

  • Dengan pelan Hotlink Prepaid, anda akan menikmati kadar rata 30 sen/60 saat untuk panggilan suara dan 15 sen/SMS ke semua rangkaian tempatan. Kadar panggilan video juga sama seperti panggilan suara. Selain itu, kebanyakan pelan prepaid paling berbaloi turut menawarkan panggilan tanpa had serta pilihan pelan Internet prabayar yang fleksibel mengikut gaya penggunaan anda.

  • Mengurus akaun prabayar anda adalah mudah. Ikuti langkah-langkah ini untuk memanfaatkan sepenuhnya pelan prabayar mudah alih anda:

    • Semak baki & tempoh sah: Dail #100# pada telefon anda untuk kemas kini segera, atau log masuk ke Aplikasi Hotlink untuk melihat baki kredit dan tempoh sah dengan lebih terperinci.
    • Tambah nilai akaun anda: Tambah kredit dengan mudah melalui Aplikasi Hotlink, perbankan dalam talian, atau pengedar sah. Ia memastikan pelan Internet mudah alih dan perkhidmatan anda kekal aktif.
    • Beli pas & pek Internet: Melalui Aplikasi Hotlink, langgan pelan internet mudah alih 5G tanpa had, aktifkan pek panggilan tanpa had atau pilih pelan prepaid yang paling murah dan berpatutan. Anda juga akan menemui pilihan pelan prabayar yang disesuaikan untuk pelajar.
    • Tebus ganjaran eksklusif: Gunakan Aplikasi Hotlink untuk nikmati promosi, bonus, dan manfaat kesetiaan khas untuk pelanggan prabayar. Anda akan menerima tawaran peribadi dan Top-Up Treats daripada HotlinkMU seperti kredit percuma setiap kali anda tambah nilai, serta tawaran pas internet harian istimewa yang direka khas untuk anda. Hanya tambah nilai dan log masuk ke aplikasi Hotlink untuk membuka ganjaran yang memastikan anda sentiasa berhubung dan menikmati lebih nilai setiap kali anda menggunakan pelan prabayar anda.

      Dengan cara ini, anda sentiasa boleh mengawal penggunaan dan memastikan pelan prabayar Hotlink anda paling berbaloi.
  • Pemilihan pelan prabayar mudah alih berbeza mengikut gaya hidup, jenis penggunaan dan bajet anda. Pengguna Internet tegar selalunya mencari kelajuan tanpa had dan 5G tanpa had untuk menyokong penstriman atau permainan dalam talian. Pelajar dan golongan profesional muda biasanya lebih gemar pelan prabayar yang berpatutan dengan data mencukupi, panggilan tanpa had dan kos yang seimbang. Pengguna yang lebih peka terhadap bajet memberi tumpuan kepada harga yang lebih rendah dan tempoh sah yang lebih panjang. Sebaliknya, pengguna kasual atau jangka pendek mungkin memilih pas harian atau mingguan untuk fleksibiliti tanpa komitmen jangka panjang.

    Berikut adalah perbandingan ringkas untuk membantu anda membuat pilihan:

    Pelan Prepaid
    Harga
    Tempoh Sah
    Kelajuan Internet
    5G Tanpa Had
    Polisi Penggunaan Saksama
    Panggilan
    RM55 Pelan Tanpa Had
    RM55 / 30 hari 30 hari Kelajuan Tanpa Had
    5G Tanpa Had, sepanjang hari
    400GB Panggilan Tanpa Had
    RM40 Pelan 48Mbps (Paling Laris)
    RM40 / 30 hari 30 hari 48Mbps 5G Tanpa Had (8 mlm–8 pg)
    200GB Panggilan Tanpa Had
    RM25 Pelan 12Mbps (Nilai Terbaik)
    RM25 / 30 hari 30 hari 12Mbps 5G Tanpa Had (8 mlm–8 pg)
    40GB Panggilan Tanpa Had
    RM12 Pelan 6Mbps (Mingguan)
    RM12 / 7 hari 7 hari 6Mbps 5G Tanpa Had (8 mlm–8 pg)
    20GB Panggilan Tanpa Had
    RM4 Pelan 6Mbps (Harian)
    RM4 / 1 hari 1 hari 6Mbps 5G Tanpa Had (8 mlm–8 pg)
    6GB Panggilan Tanpa Had
  • Perbezaannya adalah pada cara pembayaran dan fleksibiliti:

    • Pelan Prabayar (Prepaid): Anda bayar dahulu dan guna kemudian. Pelan prabayar mudah alih membolehkan anda mengawal perbelanjaan, memilih pelan prabayar yang paling murah dan berpatutan serta menikmati tempoh sah yang fleksibel. Ia sesuai untuk pengguna yang peka terhadap bajet dan lebih mengutamakan komitmen jangka pendek.
    • Pelan Pascabayar (Postpaid): Anda guna dahulu dan bayar kemudian melalui bil bulanan. Pelan pascabayar selalunya disertakan dengan data yang lebih banyak, panggilan tanpa had serta manfaat 5G tanpa had, tetapi ia memerlukan komitmen jangka panjang.

      Ringkasnya, prabayar lebih kepada fleksibiliti, manakala pascabayar lebih kepada kemudahan serta pakej internet mudah alih yang lebih besar.
  • Pelan Hotlink Prepaid memberikan anda tempoh aktif 5 hari setelah pengaktifan dengan tambahan 50 hari tempoh tidak aktif.

  • Semasa dalam tempoh tidak aktif anda hanya boleh menerima panggilan dan SMS. Untuk membuat panggilan, mengirim SMS & melayari internet, sila tambah nilai. Untuk mengelakkan pembatalan perkhidmatan, sila pastikan anda tambah nilai sebelum tamat tempoh tidak aktif anda.

  • Kredit anda yang tidak digunakan selama tempoh tidak aktif akan dibekukan dan anda hanya dapat menerima panggilan dan SMS. Apabila anda tambah nilai semula, baki kredit anda yang tidak digunakan akan digabung dengan jumlah tambah nilai anda.

  • Semasa tempoh tidak aktif, anda tidak dapat menggunakan kuota baki dari pas internet anda. Tambah nilai untuk terus menggunakan pas internet anda.

Pas Internet

  • Pas Data Harga Tempoh Sah Hotspot Kuota Panggilan Tempatan
    Tanpa had
    Tanpa had dengan kelajuan tanpa batas (400GB) (Kuota internet boleh digunakan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thaildan) + sooka RM55 30 hari Tanpa had Tanpa had
    Tanpa had dengan kelajuan tanpa batas (200GB) RM50 30 hari Tanpa had Tanpa had
    Tanpa had (48Mbps) dan 5G pantas (8mlm-8pg) (200GB) RM40 30 hari Tanpa had Tanpa had
    Tanpa had (12Mbps) dan 5G pantas (8mlm-8pg) (40GB) RM25 30 hari Tanpa had Tanpa had
    Tanpa had (6Mbps) dan 5G pantas (8mlm-8pg) (20GB) RM12 7 hari Tanpa had Tanpa had
    Tanpa had (6Mbps) dan 5G pantas (8mlm-8pg) (6GB) RM4 1 hari Tanpa had Tanpa had
    Pantas
    50GB (4G/5G) dan 50GB (5G) RM35 30 hari Tanpa had Tanpa had
    30GB (4G/5G) dan 30GB (5G) RM25 30 hari Tanpa had Tanpa had
    10GB (4G/5G) dan 10GB (5G) RM10 7 hari Tanpa had Tanpa had
    3GB RM3 1 hari Tanpa had -
  • Anda akan dapat menikmati 5G dengan pelan ini jika anda memenuhi semua keperluan berikut:

    • Menggunakan peranti berkemampuan 5G; 
    • SIM anda ialah SIM 4G LTE. Untuk menyemak, hanya dail *100*6*1*4# daripada telefon anda;
    • Menetapan 5G pada peranti anda; dan
    • berada dalam liputan 5G
  • Muat turun aplikasi Hotlink dari Google Play atau Apple App Store untuk membeli dan mengurus semua pas internet anda. Anda juga boleh dail *100#.

  • Tidak ada had kuota untuk Pas Internet Tanpa Had, anda akan menikmati internet berkelajuan tinggi tetapi setelah mencapai had Polisi Penggunaan Saksama anda akan melayari dengan kelajuan yang lebih rendah.

  • Kami menawarkan internet tanpa had dengan Polisi Penggunaan Saksama (Fair Usage Policy/FUP). Setelah mencapai had FUP, pengguna akan dimaklumkan bahawa mereka akan melayari internet dengan kelajuan yang rendah sehingga pas internet luput.

    Had FUP berbeza untuk setiap pas internet; 6GB untuk pas 1 hari, 20GB untuk pas 7 hari dan 40GB/200GB/400GB untuk pas 30 hari. Tiada had kuota untuk melayari pada kelajuan yang lebih rendah.

    Kelajuan dihadkan pada 512kbps, kelajuan ini sesuai untuk strim video definisi standard, aplikasi media social, layaran internet dan lain-lain.

    Pas internet RM55 tertakluk kepada Polisi Penggunaan Saksama (FUP) sebanyak 400GB. Apabila kuota 400GB ini habis digunakan semasa di Singapura, Thailand atau Indonesia, caj perayauan biasa akan dikenakan.

  • Pengguna pas tanpa had akan menikmati kelajuan internet pantas dari 8 malam-8 pagi. Kuota akan digunakan dari “Fair Usage Policy” (FUP). Sebaik sahaja kuota FUP habis sepenuhnya, kedua-dua rangkaian 4G dan 5G akan strim pada kelajuan yang lebih rendah pada 512kbps (sepanjang hari).

  • Semasa tempoh tidak aktif, anda tidak dapat menggunakan kuota baki dari pas internet anda. Tambah nilai untuk terus menggunakan pas internet anda.

  • Pas Internet Tanpa Had dengan kelajuan lebih pantas akan diutamakan.

    Contoh: Anda mempunyai pas Internet dan Panggilan Tanpa Had (12Mbps) 30-hari aktif. Anda membeli lagi satu pas Internet dan Panggilan Tanpa Had (48Mbps) 30-hari; kelajuan internet anda sekarang ialah 48Mbps dan bukan 12Mbps.

  • Seperti semua pas internet mudah alih untuk prabayar, ia adalah pas langganan sekali.

  • Panggilan tanpa had termasuk talian tetap domestik, talian mudah alih, nombor kecemasan dan nombor 1800. Caj mungkin dikenakan untuk panggilan yang dibuat ke nombor khas (cth. 1300/121/20018).

Need more information on our Hotlink plans?

Perlu menghubungi kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink