Soalan Lazim

Hotlink Postpaid Loyalty Device Discount

  • Program ini direka oleh Hotlink Postpaid untuk memberikan ganjaran kepada pelanggan sedia ada dan yang layak dengan diskaun peranti apabila mencapai tempoh langganan selama 12 bulan.

  • Program ini berlangsung dari 20 Mei 2025 sehingga satu tempoh yang akan ditentukan oleh Maxis mengikut budi bicara sepenuhnya.

  • Diskaun ini akan diberikan untuk pembelian mana-mana peranti di kedai dalam talian Hotlink setelah mencapai tempoh langganan 12 bulan.

  • Program ini tersedia kepada pelanggan sedia ada Hotlink Postpaid yang telah mengekalkan talian aktif secara berterusan selama tidak kurang daripada dua belas (12) bulan tanpa sebarang gangguan.

  • Diskaun Peranti Kesetiaan akan diberikan pada bulan ke-12 tempoh langganan anda.

  • Tidak, program ini tidak ditawarkan kepada pelanggan Hotlink Prepaid atau Maxis Postpaid.

  • Tidak, Bonus Kesetiaan Hotlink Postpaid anda akan diperbaharui walaupun masih terdapat baki yang belum digunakan.

  • Tidak, anda tidak layak untuk program ini jika mempunyai sebarang tunggakan bayaran dengan Maxis.

  • Ya, anda mestilah pelanggan sedia ada Hotlink Postpaid 75 atau menaik taraf pelan Hotlink Postpaid anda kepada Hotlink Postpaid 75 untuk menikmati diskaun peranti kesetiaan.

  • Anda akan menerima notifikasi melalui SMS dan/atau aplikasi Hotlink yang memaklumkan tentang diskaun kesetiaan yang tersedia. Setelah mencapai tempoh 12 bulan, anda boleh klik pada butang milestone dan tebus diskaun peranti kesetiaan anda.

    You just got Loyalty Device Discount
  • Diskaun Peranti Kesetiaan hanya boleh ditebus dan digunakan dalam Kedai Dalam Talian Hotlink melalui aplikasi Hotlink sahaja.

  • Tidak, diskaun ini hanya terpakai untuk model peranti tertentu yang ditentukan oleh Maxis.

  • Tidak, diskaun ini hanya boleh digunakan dan ditebus sekali sahaja. Namun, anda akan menerima diskaun peranti kesetiaan setiap 12 bulan untuk ditebus dan digunakan, selagi anda tidak terikat dengan kontrak peranti sedia ada.

  • Tidak, diskaun ini adalah untuk kegunaan peribadi sahaja dan tidak boleh dijual semula atau dipindahkan kepada orang lain.

  • Tidak, diskaun ini tidak boleh ditukar kepada wang tunai, dan sebarang diskaun yang tidak digunakan atau tidak ditebus tidak boleh ditukar kepada wang atau bentuk pampasan lain.

  • Anda bertanggungjawab untuk membayar semua caj yang berkaitan dengan pelan Hotlink Postpaid 75 serta kontrak peranti Hotlink yang telah anda daftarkan.

Ingin maklumat lanjut mengenai pelan Hotlink?

Perlu menghubungi kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink