Hotlink Ask-A-Top-Up &
Share-A-Top-Up

Kredit hampir habis? Cuma guna Ask-A-Top-Up atau Share-A-Top Up Hotlink
untuk meminta atau menghantar masa berbual
kepada keluarga dan rakan anda!

Lebih Cara Untuk Terus Berhubung

Dengan Hotlink Ask-A-Top-Up atau Share-A-Top-Up anda boleh minta & hantar kredit kepada keluarga
dan rakan anda bila-bila dengan mudah sekali. Kini anda boleh terus berhubung sepanjang masa tanpa kerisauan.

Ask-A-Top-Up

Ask-A-Top-Up

Dengan Ask-A-Top-Up Hotlink, anda boleh minta kredit daripada keluarga & rakan melalui aplikasi Hotlink atau UMB.

Share-A-Top-Up

Share-A-Top-Up

Dengan Share-A-Top-Up Hotlink, anda boleh hantar kredit kepada keluarga & rakan anda melalui aplikasi Hotlink atau UMB.

Extended Validity

Lanjutan Tempoh Aktif

Apabila anda menerima top-up dengan perkhidmatan ini, tempoh aktif anda juga akan dilanjutkan.


Ini adalah cara untuk anda minta atau kongsi tambah nilai dengan keluarga & rakan anda.

Langkah 1

Dail *100*4*3#

 

Langkah 2

Masukkan nombor telefon penerima.

 

Langkah 3

Masukkan jumlah yang anda mahu
minta (RM1 - RM100 maksima)
dan tekan ‘HANTAR’. 

Langkah 4

Anda akan menerima pengesahan
apabila permintaan anda telah berjaya.
 

Langkah 1

Dail *100*4*3#

 

Langkah 2

Masukkan nombor telefon penerima.

 

Langkah 3

Masukkan jumlah yang anda mahu
kongsi (RM1 - RM100 maksima)
dan tekan ‘HANTAR’. 

Langkah 4

Anda akan menerima pengesahan
apabila permintaan anda telah berjaya.
 

 

Soalan Sering Ditanya


Siapakah yang layak menggunakan perkhidmatan Share-A-Top-Up?
Semua pelanggan aktif Hotlink yang telah menjadi pelanggan lebih dari 30 hari adalah layak untuk menggunakan perkhidmatan Share-A-Top-Up sebagai seorang penderma. Semua pelanggan Hotlink yang aktif atau tidak aktif (tanpa mengira tempoh langganan) layak menjadi penerima Share-A-Top-Up.

Siapakah yang layak menggunakan perkhidmatan Ask-A-Top-Up?
Semua pelanggan aktif dan tidak aktif Hotlink (tanpa mengira tempoh langganan) layak menjadi penerima perkhidmatan Ask-A-Top-Up. Pastikan penderma anda mempunyai tempoh langganan lebih dari 30 hari. 

Adakah terdapat sebarang caj perkhidmatan untuk menggunakan khidmat ini?
Ya, anda akan dikenakan caj perkhidmatan RM0.50 untuk setiap transaksi.