Soalan Lazim

Hotlink Postpaid - Umum

  • Pelan Hotlink Postpaid kami direka untuk memberi anda pengalaman tanpa risau dengan kuota internet 4G/5G yang besar, serta panggilan dan SMS tanpa had. Anda juga boleh menikmati tawaran hebat untuk telefon pintar baharu dengan pelan terpilih.

    Berikut adalah gambaran ringkas pelan-pelan tersebut:

    Pelan Hotlink Postpaid 30 Hotlink Postpaid 50 Hotlink Postpaid 75
    Caj Bulanan
    *tidak termasuk 6% SST
    RM30 RM50
    RM75
    Kuota yang diperuntukkan (bulanan)
    5GB (4G/5G) 500GB (4G/5G) 600GB (4G/5G)
    Internet kelajuan tinggi Akses internet berkelajuan tinggi tanpa had Akses internet berkelajuan tinggi tanpa had Akses internet berkelajuan tinggi tanpa had
    Panggilan & SMS
    Panggilan HD & SMS tanpa had Panggilan HD & SMS tanpa had Panggilan HD & SMS tanpa had
    Pakej Telefon Pintar Tidak tersedia Tidak tersedia
    Didatangi dengan pilihan telefon 5G percuma
    Perayauan Antarabangsa Percuma Tidak termasuk TIdak termasuk
    Termasuk percuma perayauan antarabangsa (Singapore, Thailand & Indonesia)
    Rangkaian Sesuai untuk postpaid 4G / 5G Sesuai untuk postpaid 4G / 5G Sesuai untuk postpaid 4G / 5G
    Terbaik untuk Pengguna ringan dengan keperluan asas internet, pemesejan, media sosial dan panggilan. Pengguna harian dengan penggunaan internet dan panggilan yang sederhana, serta keperluan penstriman. Pengguna tegar dengan keperluan pelan pascabayar 5G berkelajuan penuh, perayauan dan bundle.

    Untuk nikmati 5G, sila pastikan:

    1. Anda telah melanggan pelan mudah alih Hotlink Postpaid terkini
    2. Anda dalam kawasan liputan 5G. Klik SINI untuk periksa
    3. Anda menggunakan peranti yang disokong 5G.
    4. Anda menggunakan 4G LTE SIM / eSIM. Dail *100*8*5# untuk periksa.
    5. Pilihan rangkaian pada peranti anda yang ditetapkan kepada 5G: Ikuti langkah dibawah:
      • iOS: Tetapan -> Data Mudah Alih -> Pilihan Data Mudah Alih -> Panggilan & Data -> Auto 5G 
      • Android: Tetapan -> Sambungan -> Rangkaian Mudah Alih -> Mod Rangkaian -> 5G/ LTE/ 3G/ 2G (Penyambungan automatik)
  • Kriteria Kelayakan Saluran untuk Mendaftar
    • Semua pelanggan berusia 18 tahun dan ke atas.
    • Pendaftaran baru atau port-masuk daripada pembekal lain.
    • Menaik taraf daripada Hotlink Prepaid ke Hotlink Postpaid.
    • Kedai Dalam Talian Hotlink – Daftar dalam talian dan nikmati rebat RM10 selama 12 bulan. (Terpakai untuk Hotlink Postpaid 75 sahaja).
    • Kunjungi mana-mana Kedai Hotlink atau Maxis. Lihat kedai berdekatan DI SINI.

    Jika anda pelanggan Hotlink Postpaid sedia ada dan mahu menaik taraf pelan anda, guna aplikasi Hotlink terkini dan ikut langkah-langkah di bawah:

    aplikasi Hotlink - myhotlink -> Akaun -> Klik "Hotlink Postpaid" -> Klik "Upgrade Plan"

  • Ya, anda boleh menaik taraf daripada Hotlink Prepaid kepada Hotlink Postpaid dengan mengekalkan nombor sedia ada anda. Sebarang kredit yang tidak digunakan akan dikreditkan ke bil pertama akaun Postpaid anda.

    Kunjungi mana-mana Kedai Maxis / Hotlink berdekatan atau naik taraf sekarang di Kedai Dalam Talian Hotlink.

  • Kedua-duanya menggunakan rangkaian berkualiti tinggi yang sama. Hotlink Postpaid menawarkan pilihan mesra bajet untuk seseorang, manakala Maxis Postpaid menawarkan pelan postpaid yang premium dan untuk sekeluarga, dengan kelebihan dan perkongsian talian.

  • Hotlink Postpaid 50 ialah pelan paling mampu milik dalam rangkaian pelan postpaid 5G kami, sesuai untuk kegunaan harian.

    Terbaik untuk:
    Pengguna harian dengan penggunaan internet dan panggilan yang sederhana, serta keperluan penstriman.

    • Mereka yang memerlukan internet 5G berkelajuan tinggi yang mencukupi untuk aplikasi harian, bersama panggilan suara dan SMS tanpa had.

    Butiran pelan:

    • Caj bulanan: RM50
    • Kuota internet: 500GB (4G/5G)
    • Panggilan dan SMS tanpa had
    • Tiada kontrak


    Perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih pelan:

    • Kuota internet dan kelajuan 5G
    • Kuota hotspot
    • Kelayakan untuk pakej telefon pintar
    • Komitmen kontrak
  • Berikut adalah bayaran yang diperlukan semasa pendaftaran:

      Semasa Pembelian
    Bil Pertama
    Bayaran Pendahuluan Pelan

    RM 30 untuk Hotlink Postpaid 30

    ATAU

    RM50 untuk Hotlink Postpaid 50/Hotlink Postpaid 75

    -
    Bayaran Pemprosesan (Sekali sahaja)
    - RM10
    Yuran SIM (Sekali sahaja)
    - RM10

    Caj bulanan pertama anda akan diproratakan, berdasarkan baki hari dalam kitaran pengebilan.

  • Anda akan menikmati peruntukan kuota Internet penuh pelan anda dengan panggilan dan SMS tanpa had dari hari anda mengaktifkan akaun anda.

    Tetapi jangan risau, caj bulanan pertama anda akan diproratakan berdasarkan bilangan hari dan caj bulanan penuh hanya akan dikenakan dari bulan 2 dan seterusnya.

  • Ianya hanya tertakluk pada penggunaan ON-net & OFF-net panggilan domestik mudah alih/tetap (tidak termasuk panggilan video, panggilan dikenakan caj nombor 1-300/1700/600 dan panggilan ke TM100 dan nombor 121).

    Tiada had untuk panggilan dan SMS tanpa had, pelanggan termaktub kepada Polisi Penggunaan Saksama Maxis dan kami berhak untuk mengganggu, menyekat, menggantung atau menamatkan perkhidmatan jika kadar penggunaan pelanggan adalah luar kebiasaan. Sila rujuk pada Terma & Syarat kadar pelan untuk maklumat lanjut.

  •   Panggilan dan SMS tanpa had Kuota internet akan diperuntukkan
    Hotlink Postpaid 30 Tidak, hanya untuk kegunaan domestik sahaja.         Tidak, hanya untuk kegunaan domestik sahaja.        
    Hotlink Postpaid 50 Tidak, hanya untuk kegunaan domestik sahaja. Tidak, hanya untuk kegunaan domestik sahaja.
    Hotlink Postpaid 75 Tidak, hanya untuk kegunaan domestik sahaja. Anda boleh menggunakannya untuk perayauan di Singapura, Indonesia dan Thailand tanpa sebarang kos tambahan. Ini adalah tawaran masa terhad, baca selanjutnya DI SINI.

    Untuk ketahui lebih lanjut cara perayauan dengan pas perayauan yang tersedia untuk Hotlink Postpaid, klik DI SINI.

  • Ya, kami tidak akan menyekat penambatan/perkongsian hotspot dengan peranti lain.

  • Ya, anda boleh menukar atau menaik taraf kepada mana-mana pelan Hotlink atau Maxis Postpaid pada bila-bila masa. Jika anda mempunyai kontrak peranti sedia ada, anda perlu membayar Bayaran Penamatan Awal (ETF) untuk tukar ke pelan kadar Hotlink Postpaid yang lebih rendah.

    Cara pengiraan ETF adalah seperti berikut:

    1. Amaun Penalti = [(Harga Runcit Disyorkan (HRD) – Kos Pendahuluan) x (Baki bulan ÷ Tempoh Kontrak)] + RM 100
  • Tidak, sebarang kuota internet yang tidak digunakan akan luput pada akhir kitaran bil anda. Kuota anda akan diperbaharui sepenuhnya pada tarikh bil seterusnya.

  • Pelan Hotlink Postpaid direka untuk kegunaan individu dan tidak menyokong talian tambahan. Namun, anda boleh mendaftar sehingga lima talian utama di bawah satu akaun Hotlink Postpaid. Jika anda memerlukan pelan dengan perkongsian kuota internet untuk keluarga, kami mencadangkan pelan Maxis Postpaid.

  • Apabila kuota anda telah habis, anda boleh terus melayari internet TANPA SEBARANG CAJ TAMBAHAN pada kelajuan yang dikurangkan. Secara alternatif, anda boleh membeli pas internet tambahan menerusi Menu Mudah *100# atau di aplikasi Hotlink di https://www.hotlink.com.my/ms/services/mobile-app/

    Pas internet sedia ada adalah seperti berikut:

    Huraian Pas + Tempoh Sah Penggunaan Harga Pembaharuan Automatik
    10GB (4G/5G) untuk 30 hari Segalanya termasuk hotspot RM15 Tidak
    7GB (4G/5G) untuk 14 hari RM10
    3GB (4G/5G) untuk 3 hari RM5
    Sosial Tanpa Had untuk 14 hari Facebook, Instagram, Snapchat, Pinterest, Twitter RM10 Tidak
    Sosial Tanpa Had untuk 30 hari Ya
    Muzik Tanpa Had untuk 14 hari Spotify, Joox, Saavn, Smule, KK Box RM10 Tidak
    Muzik Tanpa Had untuk 30 hari Ya
    Chat Tanpa Had untuk 14 hari WeChat, WhatsApp, LINE, IMO, QQ IM RM5 Tidak
    Chat Tanpa Had untuk 30 hari Ya
  • Hotlink menawarkan antara pelan postpaid paling berbaloi di Malaysia bawah RM100, dengan harga bermula serendah RM50 sebulan. Hotlink Postpaid 50 hadir dengan 500GB data 4G/5G, serta panggilan dan SMS tanpa had, menjadikannya pilihan sesuai untuk pengguna harian dengan penggunaan sederhana.

    Bagi mereka yang memerlukan lebih banyak kuota internet, Hotlink Postpaid 75 menawarkan 600GB data 4G/5G pada nilai yang masih berpatutan dan kekal di bawah RM100 sebulan. Semua pelan dilengkapi dengan akses internet berkelajuan tinggi serta pengalaman 4G dan 5G, menjadikannya antara pilihan postpaid paling berbaloi di pasaran Malaysia.

  • Hotlink menawarkan pelan postpaid terpilih dengan pilihan pakej telefon pintar, sesuai untuk pengguna yang ingin menggabungkan pelan mudah alih mereka dengan peranti baharu. Pelan Hotlink Postpaid 75 menawarkan tawaran menarik, termasuk pilihan telefon 5G PERCUMA dengan pakej terpilih.

    Pelan pakej ini juga merangkumi kuota internet yang tinggi (600GB), panggilan dan SMS tanpa had serta akses rangkaian 4G/5G, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna yang kerap menggunakan internet dan mahukan prestasi serta naik taraf peranti dalam satu pakej.

Ingin maklumat lanjut mengenai pelan Hotlink?

Perlu menghubungi kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink