Soalan Lazim

Naik taraf dari Pelan Hotlink Legacy ke Hotlink Pantas

  • Kami menamatkan pelan Hotlink Bagus semasa anda dan #Hotlink dari tawaran kami. Memastikan anda boleh terus menikmati nilai dan sambungan yang mantap, kami menaik taraf pelan anda ke Hotlink Pantas, iaitu pelan yang lebih bagus dan dicipta untuk memenuhi keperluan anda dengan tawaran internet berbaloi dari biasa serta pilihan yang lebih bersaing terutamanya tempoh aktif SIM selama 365 hari.

  • Pelan anda akan dinaik taraf ke pelan Hotlink Pantas pada 27 Oktober 2025 jika anda bersetuju dengan membalas UP7 ke talian 22622 sebelum 26 Oktober 2025, 11.59pm.

  • Pelaksaan menaik taraf ke pelan Hotlink Pantas ini adalah PERCUMA. Anda akan menerima SMS pengesahan setelah pelan anda berjaya dinaik taraf ke pelan Hotlink Pantas.

  • Anda akan menerima SMS pengesahan setelah pelan anda berjaya ditukarkan ke pelan Hotlink Pantas.

  • Selepas menaik taraf ke pelan Hotlink Pantas, anda akan menikmati lebih manfaat dari biasa, termasuk:

    • Ganjaran:
      • RM30 untuk tempoh aktif SIM selama 365 hari
      • Top up RM5 untuk 5 hari, top up RM10 dan keatas untuk 30 hari
    • Pilihan & Nilai Lebih Banyak: Akses kepada lebih banyak pilihan pas internet, termasuk pas tanpa had mampu milik seperti:
      • RM2 untuk 1GB 365 hari
      • RM45 untuk 75GB (50GB di 4G/5G + 25GB di internet 5G & panggilan tanpa had) 30 hari
      • RM15 untuk 25GB (15GB di 4G/5G + 10GB di internet 5G & panggilan tanpa had) 7 hari
      • Dan banyak lagi tawaran menarik tersedia di aplikasi Hotlink!


    Untuk butiran lanjut tentang pelan Hotlink Pantas, klik di sini untuk FAQs.

     

  • Baki Kredit: Baki kredit sedia ada anda akan kekal dan diteruskan pada pelan Hotlink Pantas baharu anda.

    Tempoh Sah: Tempoh sah anda akan dikemaskini agar serasi dengan pelan baharu anda, tanpa mengurangkan lebihan hari anda.

    Pas HotlinkMU: Semua pas aktif HotlinkMU akan diteruskan ke hadapan secara automatik pada pelan baharu anda.

    Pas Internet Mudah Alih yang bukan sebahagian daripada HotlinkMU akan luput setelah anda menaik taraf. Demi berlaku adil: Kami akan menggantikan nilai lebihan pas tersebut dengan pas internet mudah alih yang setara dalam tempoh 24 jam selepas menaik taraf.

    Pertukaran Diyakini: Atas jasa baik, anda akan menerima PERCUMA 3GB pas 1-Hari setelah menaik taraf untuk penggunaan internet mudah alih tanpa gangguan.

    Manfaat Pelan Sebelum: Manfaat eksklusif yang didapati pada pelan lama anda akan dihentikan setelah menaik taraf.

  • Ya, anda boleh menaik taraf ke Pelan Hotlink Prepaid melalui aplikasi Hotlink bila-bila masa dengan caj berjumlah RM2.

    Untuk butiran lanjut tentang pelan:


    Untuk menukar pelan di aplikasi Hotlink:

    1. Akses aplikasi Hotlink > Ikon Tukar Pelan di bahagian atas menu di laman utama
    2. Akses aplikasi Hotlink > myHotlink > Profil > (nama pelan anda) > Tukar Pelan

Perlu menghubungi kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink